Monday, April 30, 2012

FLAT KENDERAAN TERMAHAL DI MALAYSIA?

Plat WWW1 (World Wide Web) RM500,000 termahal dalam sejarah Malaysia Plat WWW1 (World Wide Web) RM500,000 termahal di Malaysia ~ Amboi harga dan kos buat plate tu RM10 saja, tapi oleh sebab keunikan Nombor Plat tersebut menjadikan harganya melambung-lambung melebihi harga hantaran perkahwinan kebanyakan manusia. Admin dapat info ini daripada akhbar KOSMO hari ini Ahad 8 April 2012. Siapa yang baca KOSMO atau sempat belek akhbar tersebut mesti perasan, sebab ia menjadi tajuk utama muka depan akhbar KOSMO hari ini. Di bawah ini keratan akhbar tentang “Plat Termahal Malaysia” tersebut. KUALA LUMPUR – Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai. “Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Wednesday, April 25, 2012

TIP BELI ALAT GANTI KERETA !

Tips Membeli Alat Ganti Kereta
Assalamualaikum Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part atau alat ganti. 1. Alat ganti tulen daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini. 2. Alat ganti tulen tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual. 3. Alat ganti tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan. 4. Alat ganti recon iaitu yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat. Gambar Dari Google 5. ALat ganti secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini. Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4. Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′. Berhati-hati dengan penjualan minyak enjin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plug, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter dan air filter. Minyak enjin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar. Untuk absorber atau penyerap hentak , cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plug recon, jangka hayatnya tidak lama. Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori. Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part atau alat ganti, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang. Sumber : http://tipspenjagaankereta.blogspot.com/2011/04/tips-membeli-spare-part.html

Monday, April 23, 2012

BUKAN LAMBOR KIRI TAPI LAMBORGHINI

SUV Lambo Kedua

Lamborghini terkenal sebagai pengeluar kereta lumba berprestasi tinggi. Semalam di Pameran Kereta Beijing mereka memperlihatkan Lamborghini Urus, SUV kedua mereka selepas LM002 yang dikeluarkan pada tahun 1986. Lambo Urus dijangka memasuki pasaran sekitar 2015 dan ianya akan diperkasakan dengan enjin V12 600 kuasa kuda. Harga jualan pula disekitar USD 200 000 sebuah. Jika anda tertanya-tanya, URUS ialah nama panggilan sejenis lembu dari Sepanyol.

LESEN KENDERAAN AUTO MULAI MEI 2012 !

LESEN KENDERAAN AUTOMATIK MULAI MEI 2012 | LESEN MEMANDU AUTOMATIK HANYA UNTUK KERETA AUTO SAHAJA! | Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak. Oleh itu, hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik.

Menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

Thursday, April 5, 2012

POTON PREVE

Proton Preve Model Proton Baru 2012. Akhirnya model proton terbaru 2012 telahpun diketahui namanya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.
Harga Proton Preve bermula dari RM62,000 sehingga RM78,500