Tuesday, June 26, 2012

TAYAR TANPA ANGIN

Tayar tanpa angin Bridgestone direka bentuk untuk tidak pancit Tahun 2011 Di Tokyo Auto Show di Jepun, Bridgestone menunjukkan pembangunan terbaru - tayar tanpa-pancit bebas angin. Tayar itu masih dalam fasa konsep, tetapi telah diuji dengan jayanya pada kenderaan tunggal di Jepun yang secara tradisionalnya digunakan oleh orang tua. Tayar tanpa angin Bridgestone direka bentuk untuk tidak pancit Roda 9-inci itu mempunyai jejari-resin termoplastik yang dipancarkan dari rim ke bunga, melengkung ke kiri dan kanan untuk sokongan struktur yang maksimum. Reka bentuk pepejal tayar tidak memerlukan angin, dan oleh itu tidak boleh pancit. Juga menarik ialah bahan tayar dibuat, yang keseluruhannya boleh dikitar semula. Masih dalam fasa ujian, Bridgestone merancang untuk banyak menilai prestasi tayar pada kereta tradisional sebelum membuat mereka untuk kegunaan umum. Walaupun pastinya menarik, tayar Bridgestone bukan yang pertama, kita pernah mendengar tentang tayar bebas-angin. Teknologi tayar tanpa angin telah di bawah pengkajian selama bertahun-tahun, dengan tayar Michelin Tweel tidak berangin yang telah pun memenangi Pingat Emas dalam Inovasi Intermat (Intermat Gold Medal for Innovation) pada tahun 2006.

Wednesday, June 13, 2012

KENAPA HONDA DIPANGGIL BALIK ?

Salam, Honda pun dah mula panggil balik kereta-kereta keluarannya dari tahun 2006-2008. Kereta yang terlibat dalam panggilan kereta honda balik adalah kereta model honda city, honda civic dan honda jazz. Honda dalam kenyataannya mengatakan punca kereta honda ini di panggil balik adalah untuk pemeriksaan lanjut mengenai kebocoran minyak pada bahagian hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan. Lokasi pemeriksaan kereta honda yang terlibat boleh di buat pada pemeriksaan HONDA servis yang bertauliah dan yang di benarkan. Para pemilik kereta honda yang terlibat mesti memeriksa dahulu samada kedai penyelenggaran tersebut mendapat kelulusan dan kebenaran dari HONDA. Kos pemeriksaan atau kos gantian atau kos buruh adalah di tanggung oleh honda. Jadi pemeriksaan dan pembaikian adalah percuma. Oleh kerana ia melibatkan 40,000 kereta honda yang terlibat, adalah di nasihatkan supaya membuat temujanji atau memeriksa dahulu kekosongan atau 'availability' untuk menghantar kereta tersebut supaya tempoh menunggu tidak lama. Tak sangka jugak kereta honda ini di panggil balik untuk pemeriksaan. Cuba kalau ia melibatkan kereta keluaran proton, pasti semua orang akan kutuk kualiti kereta proton kita. Jadi sekiranya kereta HONDA atau TOYOTA yang di kenali dengan kualitinya dan pengalaman mereka dalam industri kereta ini pun mengalami masalah, jadi apa nak di kisahnya kalau PROTON pun suatu hari nanti akan memanggil balik kereta keluaran model mereka jugak. Hehehe Berikut adalah kenyataan media oleh wakil HONDA. Di petik dari sini: KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008. Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit. “Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan. Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit. “Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro. Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan. Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. – BERNAMA