Sunday, July 29, 2012

DI MAJLIS SUMBANGAN YANG MEMERLUKAN DI BULAN RAMADAN

Bersama Pengerusi Surau Saidina Ali dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Yang Memerlukan sekitar 4 surau setiap bulan .Surau terlibat ialah Suarau Al-Muttaqin, Surau Hayatul Islam, Surau Al-Amien dan Surau Saidina Ali sendiri kebetulan sebagai tuan rumah.
Bersama Rohazat pemuda yang aktif dan agresif dalam membantu masyarakat.

Tuesday, July 24, 2012

UJIAN NISSAN ALMERA/SUNNY DI BUKIT BERUNTUNG

VIDEO: Nissan Almera/Sunny testing in Bkt Beruntung http://paultan.org/2012/07/24/video-nissan-almerasunny-testing-in-bkt-beruntung/

Monday, July 23, 2012

BILA KANCIL TAK SIHAT

Kancil Cik Senyum tak sihat Sejak bulan lepas, Kancil Cik Senyum tak berapa sihat. 2 minggu lepas masa Ck Senyum tengah bawa, tiba2 gear 2,3, dan 5 kosong. Panik sekejap Cik Senyum. Terus telefon mekanik . Dia suruh bawa slow2 pergi tempat dia.Cik Senyum pun bawalah Kancil dengan berhati2. Bila sampai simpang nak belok kanan, Cik Senyum lagilah berhai2. Mekanik tu cakap kabel gear dah tak OK dan tukar. kosnya RM 80.00 2 hari lepas pulak, gear 1 dan 2 tak boleh masuk. Tukar kabel lagi, kosnya Rm 70.00. Mekanik tu cakap gear tu dah beralih. Mungkin juga sbb Cik Senyum dapat rasa gigi gear tu dah tak ngam lah. Sori ya kalau bahasa Cik Senyum describe part2 kereta ni kelakar. Mekanik tu cakap dah sampai masa tukar gear box. Kosnya mungkin antara RM 500 - 1000. Walaupun dah tukar kabel, hari ni gear 1 dan 2 tak boleh masuk juga. Terpaksalah Cik Senyum guna gear 3,4,5 dan R shj. bahaya juga sebab di simpang Cik Senyum kena balance kan gear 3. kalau enjin termati masa lintas jalan kan bahaya. Alhamdulillah, Cik Senyum selamat sampai di rumah. Risau sungguh Cik Senyum. nak bawa kereta satu lagi tak mahir sebab auto dan bodynya panjang. takut tak boleh control . Nak parking pun susah nanti. Cik senyum tak maulah jadi macam org kat video youtube tu yang nak parking sampai berjam-jam. Tapi kalau dah terpaksa.... Dalam masa yang sama Cik Senyum dah minta tolong En Suami carikan gear box untuk Kancil. Kalau nak tahu, Cik senyum sayang sangat kat Kancil tu. Ada sentimental value. Ansuran pun dah habis bayar.Tinggal mantain je. Apa-apa pun, lepas ni Insya Allah Cik Senyum akan ambil tahu pasal body part kereta dan masalah2 nya untuk kemudahan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Juga untuk mengelakkan Cik senyum kena tipu hidup2.

Thursday, July 19, 2012

KERETA UAI !

Kereta Ustaz Azhar Idris yang glamour dan diminati anakmuda zaman ini di Malaysia.

Tuesday, July 17, 2012

KERETA TERBANG 8 MINIT

DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu. Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu. Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition. Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini. Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952). Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS. Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. - Agensi Sumber : Kosmo

Monday, July 9, 2012

PERBANDINGAN KELAJUAN F1 dan GT

Perbandingan Kelajuan Kereta F1 dan GT [Video] Kalau kita melihat acara kejuaraan F1 mahupun GT di televisyen, kita pasti setuju dua kereta ini sama-sama cepat, tapi apakah mereka memiliki kecepatan yang sama? Tentu tidak, F1 secara teknik jelas lebih cepat, tapi kita mungkin selama ini tidak menyedari betapa jauh perbezaan kecepatan antara keduanya setelah melihat Video berikut ini. Read more: http://www.borakkosong.com/2011/08/perbandingan-kelajuan-kereta-f1-dan-gt.html#ixzz207KyDbHf

Thursday, July 5, 2012

TUGAS MEKANIK DAN JURUTEKNIK AUTOMATIF

Tugas seorang juruteknik dan mekanik Automotif Para pemandu yang pernah mengalami kerosakan kereta atau lori sangat memahami betapa pentingnya tugas sebagai juruteknik dan mekanik automotif. Kebolehan mendiagnos punca kerosakan dengan pantas dan tepat merupakan kemahiran yang sangat penting kepada seorang juruteknik dan mekanik automotif. Kemahiran yang sangat berharga ini memerlukan kemahiran menaakul dan pengetahuan yang mendalam tentang kenderaan bermotor. Apabila kerosakan mekanikal atau elektrikal berlaku, juruteknik akan cuba mendapatkan keterangan mengenai petanda-petanda mengenai kerosakan tersebut daripada tuan punya kenderaan. Untuk menentukan kerosakan juruteknik dan mekanik akan menggunakan pendekatan mendiagnos. Langkah pertama, mereka akan memastikan bahagian dan system dalam keadaan baik dan selamat, dan cuba mencerakinkan bahagian atau system secara logiknya menjadi punca kerosakan. Juruteknik atau mekanik akan memandu uji kenderaan tersebut atau menggunakan peralatan pengujian seperti alat pemampat atau komputer untuk menentukan punca kerosakan. Semua ujian ini akan menentukan bahagian atau peralatan masih boleh diperbaiki ataupun perlu ditukar supaya kenderaan tersebut dapat digunakan semula. 2.0 Jenis-jenis kerjaya dalam bidang automotif. 2.1 Juruteknik automotif Tugas seorang juruteknik automotif ialah untuk mendiagnos. Membaiki dan menservis. Dia berkebolehan menentu mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada enjin kenderaan bermotor 2.2. Mekanik automotif Secara amnya, tugas seorang Mekanik automotif adalah berkaitan dengan pemeriksaan dan pemerhatian keseluruhan enjin dan membuat pengubahsuaian yang perlu pada bahagian alat-alat enjin yang rosak serta mengesyorkan kepada pelanggan tentang jangka hayat dan ketahanannya. Seseorang Mekanik Automotif mestilah berketrampilan di dalam bidang:- a. Menservis pada kenderaan bermotor b. Menservis system karburetor, system bahanapi disel dan system elektrikal kenderaan bermotor c. Membaikpulih enjin, melakukan “top-overhaul”, menservis sistem penyejukan dan pelinciran enjin. d. Membaikpulih “drive-train”, pemeriksaan system transmisi dan gandar belakang. e. membaikpulih sistem brek, system pemanduan dan sistem penggantungan serta penyerap hentak 2.3. Juruelektrik automotif Tugas seorang mekanik adalah berkaitan dengan sistem pendawaian dan penyalaan pada kenderaan bermotor seperti motor penghidup, alternator dan bateri. Di samping itu, Juruelektrik automotif juga membaiki lampu dan kerosakan pada aksesori elektrikal seperti meter, system penyejukan enjin dan pengudaraan enjin dan sistem kunci berpusat, 2.4 Juruteknik penyaman udara automotif Tugas seorang juruteknik penyaman udara untuk mendiagnos, membaiki dan menservis sistem penyaman udara. Dia berkebolehan menentu, mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada system penyaman udara kenderaan bermotor

Monday, July 2, 2012

KERETA 100 JUTA RINGGIT ?

LONDON- Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga 20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain. Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964. Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu. Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga 370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak 4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun. Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam. Harga baru kereta itu pada 1963 ialah 6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga 26 juta pada 2010. - Agensi