Wednesday, November 28, 2012

TIP PILIH TAYAR KERETA !

Pemilihan tayar akan memberi kesan terhadap beberapa aspek. Antaranya adalah:
Penggunaan minyak akibat daripada geseran yang berlaku. Keselesaan dan kelancaran kereta dalam iklan tertentu sesebuah negara. Kadar pecutan kereta. Justeru itu, kami ingin berkongsi dengan para pembaca tentang cara untuk memilih tayar kereta yang sesuai dengan kenderaan yang kita pakai hari ini. Ia hanya mengambil masa 10 saat untuk mendalami ilmu tentang tayar kereta. Bagaimana Memilih Jenis Tayar Kereta? Berikut adalah maklumat yang boleh kita hadam mengenai tip memilih tayar kereta yang sesuai: Pilih saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan saiz kereta. Pilih tayar kereta yang sesuai dengan saiz rim kereta kita dari sudut kelebaran dan ketebalan. Pilih tayar mengikut iklim tempatan. Pilih set tayar dari jenama yang sama. Pilih jenama tayar yang berkualiti seperti Continental, Michelin, Goodyear, Bridgestone, Falken, Dunlop dan pelbagai lagi. Kelima-lima tip ringkas ini sudah memberikan kita kelebihan untuk menjaga jangka hayat tayar kereta kita, untuk jangka masa yang panjang.

KERETA APA NIE?

Sunday, November 25, 2012

KHURAFAT PADA KERETA?

KUALA LUMPUR: “Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan,” kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat. Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing. Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta. Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan. Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka. Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007. Menurut Mohd Zawawi, meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga. “Jika pemandu melakukannya juga dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat. “Ini kerana, patung itu dipercayai mampu membantu untuk menghalau roh dan mengelak nahas jalan raya. Tindakan ini hukumnya berdosa besar berikutan meminta pertolongan selain Allah,” katanya. Katanya lagi, pemandu beragama Islam tidak sewajarnya meniru perbuatan terbabit kerana ia sebahagian kepercayaan orang kafir yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini walaupun ia dianggap aksesori terbaru kenderaan. “Belum ada kajian membuktikan bahawa kemalangan berpunca daripada gangguan makhluk halus, sebaliknya ia berlaku disebabkan tindakan makhluk kasar iaitu pemandu yang hilang pertimbangan dan tidak menghormati undang-undang jalan raya. “Dalam Islam, ada cara untuk kita mengelak gangguan dan supaya perjalanan selamat dengan berdoa sebelum dan selepas memandu, berikhtiar serta berserah kepada Allah,” katanya. Beliau berkata, pemandu yang terlanjur menggantung anak patung dinasihatkan segera meninggalkan perbuatan berkenaan dan wajib bertaubat serta memohon ampun kepada Allah atas kejahilan itu.-hm

Thursday, November 22, 2012

MERC SUV?

Mercedes-Benz has started assembling the M-Class SUV in Indonesia at its Wanaherang, Bogor plant in West Java. The German carmaker has spent between 20 to 30 million euros in the past two years to modernise its assembly plant, Jakarta Globe reports.
“This is a perfect year for the growth of Mercedes-Benz in Indonesia. After introducing the ML 350 4MATIC in June, we decided to assemble the M-Class series with a perfect detail and quality,” said Claus Weidner, president director of Mercedes-Benz Indonesia. “The model is locally assembled which proves that Indonesia is a potential market for Mercedes-Benz. It also reflects the strength of Indonesian talents who are able to assemble with high precision and discipline. Our decision indicates that the investment climate in Indonesia is conducive to the growth of our business,” Weidner added. The ML 350 4MATIC assembled in Indonesia is the same variant of the third-gen W166 that’s sold in Malaysia. Launched here in July, the SUV is powered by a 3.5 litre V6 engine with 306 hp and 370 Nm. It is priced at RM570,888. With this development, will we get a cheaper Asean-made ML? http://paultan.org/2012/11/23/mercedes-benz-assembles-m-class-suv-in-indonesia/