Wednesday, May 29, 2013

CARA JAGA BREK KERETA !

Cara penjagaan sistem brek. 1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM. 2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum. 3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya. 4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah. 5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan. 6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek. 7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan. 8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ. 9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek. 10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda. 11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di putatan sabah, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

Tuesday, May 28, 2013

TIP BELI SPORT RIM?

7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Kebanyakan pengguna kereta yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang isu prestasi kereta, akan melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada peminat kereta. Tip Membeli Sport Rim Kereta Khususnya pada bahagian rim tayar. Terdapat sebahagian besar peminat kereta akan melakukan pengubahsuaian rim tayar terlebih dahulu, sebelum bahagian-bahagian kereta yang lain. Terdapat 2 kelebihan apabila kita menggunakan sport rim iaitu: Kenderaan selamat di jalan raya – Kereta yang menggunakan sport rim berada dalam keadaan lebih seimbang. Justeru itu, ia meningkatkan keyakinan pemandu untuk memandu dengan lebih laju. Mengurangkan risiko ketika di selekoh tajam – Tayar yang lebar dapat menyelamatkan kita ketika memandu pada selekoh yang tajam. Kes-kes kemalangan jalan raya biasanya berlaku pada selekoh tajam. Bagi yang berminat untuk pasang sport rim pada kereta, berikut adalah panduan untuk memilih sport rim kereta. 7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Pilih sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kerosakan pada badan kereta, dan juga merosakkan bunga tayar. Pilih sport rim yang ringan. Kerana sport rim yang berat akan mengurangkan daya pecutan kereta. Dalam masa sama, ia akan memberikan kesan terhadap penggunaan petrol yang berlebihan. Pilih corak sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Apabila tersilap pilih, ia akan mencacatkan rupa bentuk kereta kita secara keseluruhan. Dapatkan nasihat daripada pakar seperti pemilik kedai tayar sebelum membeli sport rim. Elakkan daripada membeli sport rim terpakai. Kerana dikhuatiri sudah mempunyai kerosakan seperti bengkok atau retak. Beli sport rim berjenama dan berkualiti tinggi seperti Volk TE37, JRD, Oz, dan sebagainya. Jangan beli sport rim jika tidak mampu – Jika kita kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengubahsuai rim kereta, elakkan daripada membeli terlebih dahulu. Ketujuh-tujuh tip di atas merupakan panduan yang boleh kita gunakan sebelum membeli sport rim kereta. Ia adalah himpunan daripada pelbagai sumber dan pengalaman pemilik kereta.

Tuesday, May 21, 2013

INSURAN & ROAD TAX ,KAMI JUGA BOLEH MEMBANTU

Renew Insuran & Renew Roadtax Online CARA CEPAT, JIMAT DAN SELAMAT untuk anda RENEW INSURAN & RENEW ROADTAX di roadtax2u.com kerana anda dapat: 1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank & JPJ 2) Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya 3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking & petrol 4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS & JPJ 5) Mengelakkan bosan menunggu di Bank untuk mendapatkan geran Mahukah anda? 1) Memperbaharui Insuran & roadtax dengan cepat, selesa & mudah? 2) Perlindungan kenderaan mengikut lunas Islam: Sistem Takaful 3) Menerima roadtax dalam masa 24 jam di rumah/pejabat anda? 4) Pindahan NCD untuk pembaharuan tanpa masalah? 5) Memperbaharui roadtax tanpa memerlukan geran asal yang disimpan di bank? 6) Membayar roadtax melalui online banking (Maybank2u, CIMBCliks, RHB Online, PBeBank) ? 7) Anda juga boleh gunakan kad kredit atau mesin deposit 8) Servis perkhidmatan yang PERCUMA? 8) Kawan yang boleh dirujuk bila ditimpa masalah insuran kenderaan?