Wednesday, February 29, 2012

PLAT KERETA MAHAL NYER!

Salam, Cube korang bayang yang no plate kereta korang adalah WWW 1, mesti bangga bawak kereta walaupun kereta biasa je. Tapi malangnya, harga no plate yang sebegitu rupa hanya menjadi mimpi je bagi orang yang berpendapatan macam Ayie nie.


Harga no Plate WWW 1-10 adalah serendah RM10,000, dan No yang cantik adalah minimum RM 3, 000. No plate semasa iaitu no yang biasa-biasa je pun dijual dengan harga RM 300. Korang sanggup ke?

Kalau sanggup, korang boleh la tempah, tempahan akan bermula pada 30 April 2012, Lebih kurang dua bulan dari sekarang.

Sejarah no plate dalam malaysia yang paling mahal dijual oleh JPJ adalah no MCA1 yang berharga RM 300, 100.00 Bagi Ayie, kalau beli kereta protoh boleh dapat 5 dah. Memang tak sanggup (at least bagi Ayie)

Kalau macam ni la, tunggu, WWX la batu boleh beli kereta. hahaha.

Tuesday, February 21, 2012

FERRARI PUTIH ! WAU !


Berharga RM1.6 Juta... Wau
Siapa tidak kenal dengan jaguh handalan badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei. beliau telah membeli ferrari berwarna putih berharga RM1.6 juta dengan kelajuan 315 km/jam dengan kuasa enjin V84.3L.