Monday, August 27, 2012

6 SEBAB JAHANAM ?

Enam penyebab kemalangan [HM] BERDASARKAN statistik sebelum ini, jumlah kemalangan jalan raya meningkat pada musim perayaan termasuk Aidilfitri. Ketika Aidilfitri, kesibukan lalu lintas memang luar biasa kerana masing-masing mahu pulang beraya di kampung halaman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta mengurangkan kemalangan jalan raya. Justeru, bagi mengelak kemalangan di jalan raya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna dan memandu mengikut peraturan, bukan perasaan. Minta nasihat mekanik kereta yang berpengalaman dan ganti alat baru jika ia tidak berfungsi. Seorang pemandu yang berhemat sentiasa menentukan kenderaannya dalam keadaan baik bagi memastikan keselamatan diri, penumpang serta pengguna jalan raya lain. Perkara asas perlu diberi perhatian ialah brek, minyak brek, lampu brek dan isyarat, minyak klac, air radiator, bunga tayar dan tekanan angin, lampu utama, pengilap cermin, hon, ekzos dan tali pinggang keselamatan. Selain itu, pastikan lesen memandu, cukai jalan dan insurans masih boleh digunakan. Pemandu juga dinasihatkan merancang laluan dan peruntukan masa untuk perjalanan. Ada enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan, iaitu kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan, lalu lintas dan jalan raya. Jika peralatan kenderaan tidak memuaskan ia akan menjejaskan sistem pemanduan anda. Pemandu juga perlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok penjagaan kereta. Laporan pasukan penunda mendapati kebanyakan kereta yang terhenti ketika dalam perjalanan tidak mengalami kerosakan serius sebaliknya hanya ada masalah bateri kereta lemah dan tiada minyak. Justeru, bawa beberapa alat ganti yang mudah dan peralatan mekanik di dalam kereta kerana masalah boleh berlaku bila-bila masa. INFO: Garis panduan pemanduan berhemah: Baca Seterusnya: http://meeudangpenang.blogspot.com/#ixzz24oqqKXRf

Wednesday, August 8, 2012

FIAT GADAFI?

Kereta 'Kancil' Ghadaffi Yang Berharga 200 000 pound Ia digerakkan dengan motor elektrik bateri lithiumion yang mampu menghasilkan 46hp. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 160 km/jam dan dapat bertahan sejauh 260 km sehingga baterinya terpaksa dicas semula. Dengan harga 200.000 euro, ia dilengkapi satu sistem bateri yang mampu dicas hanya selama 10 minit. Ghadaffi yang begitu rapat dengan Fiat dikatakan pernah membeli saham Fiat sejak 1976 melalui syarikat BUMN Libya, Libyan Arab Foreign Investment Company (Lafico) yang dikawal Ghadaffi. Lafico membeli 10% saham Fiat bernilai US$ 415 juta dan pada 1986, Lafico menambah sahamnya menjadi 15%. Kini, kereta Fiat 500 Ghadaffi telah mendapat ’pemilik’ baru, setelah dijarah penentang dengan menghancurkan garaj khusus miliknya di Al-Aziziya, Tripoli. Ghadaffi juga mencipta kereta terselamat bagi dirinya dengan nama The Saroukh el-Jamahiriya (Roket Libya). Ini kerana kereta tersebut dicipta menyerupai roket.