Tuesday, December 18, 2012

GERBOX & CARA PENJAGAAN

Tips penjagaan gearbox
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis. Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR. Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin meraung dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini. Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta). Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar. Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate. akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Sunday, December 16, 2012

TIP JAGA BAHAGIAN KERETA !

Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga Service Setiap 5,000 / 10,000 Km Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api. Steering Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu. Hawa dingin Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km. Klac Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km. Sistem transmisi/kotak gear Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaran/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km. Tekanan angin tayar Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km. Suspensi Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km. Drive shafts/propeller shaft Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km. Sistem elektrik Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km. Timing/drive belt Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km. Enjin Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km Tukar `contact point' setiap 10,000 km Radiator/sistem penyejuk Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat. Sistem ekzos Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.