Friday, April 26, 2013

PETUA JAGA TIMING BELT !

Timing Belt Kereta merupakan komponen penting dalam enjin kereta, terletak di sebelah luar enjin kereta, bertujuan mengawal putaran enjin terutama piston enjin, jika timing belt kereta anda rosak dan putus boleh mengakibatkan enjin anda akan rosak teruk dan mungkin kena overhaul semula atau tukar enjin. Tips di bawah boleh membantu menjaga Timing belt kereta anda: Biasanya mekanik saya akan bagitau setiap 80,000 km perlu di tukar timing belt, so saya akan tulis next km di dalam kereta saya dan di tepi timing belt agar tidak lupa Jika anda bunyi kuat pada enjin atau enjin anda bising, cuba ambil air dan siram pada timing belt, kalau bunyi beherti makna timing belt perlu tukar, kalau bunyi masih ada, masalah dalaman enjin anda. Tukar timing belt yang original Pastikan mekanik yang pakar dan anda percaya kerja mereka bagus, agar pemasangan timing belt berada dalam keadaan sempurna dan standard

Thursday, April 18, 2013

ALAT PENGHAWA DINGIN KENDERAAN PERLU DISERVIS!

Anda memerlukan penghawa dingin (air-cond) kereta anda diservis? dapat menyelesaikan masalah anda dengan menyediakan perkhidmatan membaik pulih kereta berhawa dingin yang berpusat di Kampung Dato Keramat. Sekiranya anda menghadapi masalah kereta berhawa dingin seperti: • Gegelung Penyejukan Bocor (Cooling Coil Leakage) • Kondenser Bocor (Condenser Leakage) • Pemampat Rosak (Damaged Compressor) • Bearing Kompresor Rosak (Damaged Bearing Compressor) • Minyak Kompresor Kering (Dried Oil Compressor) • Kompresor Belting Putus (Broken Compressor Belt) • Masalah Termostat Di Panel Dashboard (Thermostat Problems Near Dashboard) • Kekurangan Gas (Gas Shortage) • Penapis Tersumbat (Clogged Air Conditional Filter ) • Angin Tidak Kuat / Gegelung Penyejukan Kotor (Weak Air Flow / Dirty Cooling Coil)

Thursday, April 11, 2013

ADAB BERKENDERAAN

Adab Ketika Dalam Perjalanan Berkenderaan. Dalam perjalanan hendaklah hati selalu mengigati Allah, mata dan telinga mestilah peka memerhati pengguna lain di jalanraya. Jangan sekali-kali mata melilau memandang ke kiri dan kekanan kerana ini boleh membahayakan pengguna jalan raya bahkan membahayakan kita sendiri, jika ada sesuatu melintas di hadapan, seperti binatang, kanak-kanak dan orang tua. Jika memandu kereta, penunggang motorsikal dan pejalan kaki hendaklah diutamakan. memberi keutamaan kepada orang lain akan dibalas pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. Gunakan Radio atau CD Player untuk memainkan bacaan-bacaan al-Qur'an dan bacaan Doa agar tidak melalaikan kita dari mengingati Allah. Penumpang yang lain boleh menggunakan masa yang ada dengan melakukan solat sunat musafir, iaitu dengan berwudhuk, diam di atas kenderaan, tak perlu mencari arah kiblat, bertakbiratul ihram solat sunat 2 rakaat, rukuk dengan menundukkan kepala, dan sujud dengan menundukkan kepala lebih rendah dari rukuk. begitulah sehingga akhir. Kemudian diulangi lagi sehingga sampai ke destinasi. Makruh hukumnya bagi penumpang yang tidur, melakukan perkara-perkara yang kurang menyenangkan, makan makanan yang berbau busuk, atau memakan makanan yang sukar dimakan oleh pemamndu, samada disebelah atau dibelakang pemandu tanpa terlebih dahulu meminta izin.

Wednesday, April 10, 2013

KERJA-KERJA JUGA, TANGGUNGJAWAB KITA UNDI DI PILIHANRAYA

Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 20 April (penamaan calon) dan 5 Mei (hari pengundian).