Thursday, February 20, 2014

MINI COOPER S yang sukar dilupa !

The all-new 2014 MINI Cooper S aims to be the leader in the premium small car segment. To that extent, MINI has reworked the NEW Cooper S inside and out, featuring a refreshed design, a new platform and a brand new engine. While the hot hatch is expected to reach our shores later this year, our friends in Australia at motoring.com.au, have already got their hands on the new Cooper S and shared their review on the car with us. Cooper S In A Nutshell Replacing the 1.6-litre engine on its predecessor’s, the new MINI Cooper S is now powered by an all-new 2.0-litre four-cylinder engine with MINI TwinPower Turbo technology that produces 189hp and 280Nm of torque from 1,250rpm – 300Nm with the aid of an overboost. When coupled with a six-speed automatic transmission, the Cooper S hatch is capable of dashing from standstill to 100km/h in 6.7 seconds, before peaking to a top speed of 233km/h. After listening to customer’s feedback on the previous Cooper S, MINI has revised its interior to focus more on practicality. As a result, the speedometer, infotainment system and window control have been repositioned to make the cockpit more user-friendly. Even the quality of the seats has been improved to offer good support and manual adjustability.

Tuesday, February 11, 2014

TIP 10 SEBAB ENJIN KERETA TAK HIDUP!

10 sebab enjin tak boleh hidup!
Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan. Starter antara sebab enjin tidak boleh dihidupkan, 1. BATERI Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru. pic: probebatteries.co.za Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak. Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru. Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je. Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu. Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak? Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah. 2. Gear LEVER bukan pada P pic: becarcare.com Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi. 3. Minyak petrol tak sampai Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar. 4. Steering lock!! Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu! 5. Spark plug bermasalah Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja. 6. Ignition coil bermasalah Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak. 7. Starter bermasalah. Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar. 8. Timing belt bermasalah. Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut. 9. Aircond compressor jammed Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru. 10. ECU bermasalah. ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!

Thursday, January 30, 2014

HATI-HATI MINYAK TIRUAN

Minyak Hitam Tiruan, Ramai Mana Yang Dah Kena Tipu? Beberapa hari lepas, dalam berita tv ada cerita pasal serbuan pihak berkuasa ke sebuah kilang memproses minyak enjin atau minyak hitam tiruan. Serbuan itu adalah sebuah kilang yang memproses dan membotolkan pelbagai jenis minyak hitam. Menurut pihak berkuasa, kemungkinan minyak tersebut adalah minyak hitam kitar semula atau bukan minyak hitam tulen. Kilang itu juga membotolkan minyak hitam itu dengan pelbagai nama dan jenama. Tahniah kepada pihak berkuasa kerana mengambil tindakan. Dengan tindakan itu, telah berjaya menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat dari terus tertipu. Jual di Bengkel dan Kedai Alatganti Minyak hitam itu diedar dan dijual di sebahagian bengkel seluruh negara dan kedai alat ganti kenderaan. Pembeli sukar untuk membezakan antara minyak hitam tulen dan tiruan sehingga selama ini sudah ramai yang tertipu. Pengeluar barang tersebut, termasuk pengedar dan penjual sudah untung entah berapa banyak dengan menipu dengan cara ini dan entah berapa tahun atau puluh tahun mereka buat kerja menipu seperti ini. Saya sendiri selalu beli minyak hitam di kedai alat ganti dan ada pengalaman juga dengan minyak hitam tidak tulen ini. Dalam tahun 2008 dulu, saya dapat satu minyak hitam di sebuah kedai alat ganti dengan harga murah. Kemudian saya pergi ke sebuah kedai yang terkenal menjual alat ganti Honda di Johor Bahru. Bila saya pertikai dia jual minyak hitam yang sama dengan harga yang lebih tinggi, dia ambil masa yang panjang untuk menerangkan kepada saya. Dia menunjukkan pada saya perbezaan antara minyak hitam tulin dengan tiruan. Minyak Hitam dan Minyak Gear Dia juga menunjukkan minyak gear auto yang ori dan tiruan pada saya. Dia keluarkan satu buku dan terangkan kepada saya. Dia juga pergi ke stor dia dan bawa satu botol minyak gear auto yang dah kosong dan satu lagi minyak gear yang masih ada isi. Dia tanya saya, apakah perbezaan antara kedua-dua botol itu? Lama saya fikir dan belek kedua-dua botol itu tapi saya tak dapat jawapannya. Rupa-rupanya ada satu cop kecil yang ditebuk dengan elok bermakna barang ori. Manakala satu lagi cop itu cuba ditiru tetapi tidak sama, menunjukkan itu tiruan. Saya sikit pun tak menjangka itu adalah tiruan. Bahaya Minyak Gear Tiruan Kepada sesiapa yang pakai kereta Peugeot atau Citroen, kereta itu hendaklah menggunakan minyak khas yang ori sahaja. Kalau kita gunakan minyak lain atau yang katanya ori tapi tiruan, tak lama lagi rosaklah gear auto kita. Jadi, berhati-hati sangatlah kalau tukar minyak gear, pastikan ori. Kesan Minyak Hitam Tak Ori Saya tak berapa nampak mengenai kesan kita pakai minyak hitam tak ori sehingga boleh rosakkan enjin kereta kita. Maknanya, apapun minyak hitam yang kita pakai, tidak menyebabkan enjin kereta kita rosak. Kalau pandangan saya ini betul, maka semakin berleluasalah penjualan minyak hitam tiruan di pasaran. Cuma, saya rasa, kalau kita guna minyak tak ori, power kereta kita akan berkurangan sedikit atau berat sikit sahaja. Dah ramai orang kita kena tipu dengan minyak hitam tiruan ini. Ramai orang pergi ke bengkel kereta nak tukar minyak hitam dan mereka tidak ada kepakaran untuk mengetahui minyak itu tulen atau tidak. Oleh itu, penguatkuasaan pihak berkuasa ke bengkel-bengkel, kedai alatganti kereta dan kilang pembungkusan perlulah berterusan dan tegas. Pengeluar Tak Mahu Heboh-heboh Saya berbual dengan seorang pomen mengenai minyak hitam ini. Katanya, minyak hitam tirun sudah lama wujud di pasaran. Pengeluar sendiri pun tahu kewujudan minyak tiruan ini. Tetapi kenapa mereka sendiri berdiam diri? Kawan saya kata, syarikat itu tidak mahu heboh-heboh, nanti orang tahu yang minyak hitam jenamanya itu banyak yang tiruan. Jadi nanti ramai orang tak mahu pakai minyak hitam itu kerana takut terkena yang tiruan. Contohnya jenama minyak hitam ABC yang dah terkenal, tiba-tiba keluar berita ada jenama ABC yang tiruan. Maka, pembeli akan kata yang jenama ABC banyak yang tiruan dan mengelakkan dari memakai jenama ABC ini. Jadi, jenama tiruan ini terus berada di pasaran. Guna Jenama Lain Kekadang saya tengok ada saja jenama baru di pasaran apabila saya beli minyak hitam di kedai alatganti. Bila saya tanya, dia kata ini jenama baru yang berkualiti. Jadi, kalaulah yang dikatakan jenama baru ini adalah minyak kitar semula atau minyak entah apa-apa, penjual ada banyak ruang untuk melepaskan diri. Pertama, syarikat yang pada jenama itu tidak wujud atau tidak meniru nama jenama terkenal. Maknanya, tidak ada syarikat yang akan buat laporan mengenai penjualan minyak hitam tiruan ini. Minyak Masak Kelapa Sawit Sebagai Minyak Hitam Mungkin kita tak tahu dan ada juga yang tahu, kereta boleh guna minyak masak kelapa sawit sebagai minyak hitam. Kawan saya pakai kereta Proton Saga lama dan Kancil, sudah lebih 8 tahun dia guna minyak masak kelapa sawit sebagai minyak hitam. Dia ini pomen dan dia ada cerita kepada orang lain juga. Dia kata, enjin lebih ringan, bau lebih wangi dan yang paling penting jimat wang ringgit. Dia cuma keluar belanja lebih kurang RM 15 sahaja untuk 4 liter minyak masak. Saya Tak Pernah Cuba Pun Saya cerita saja mengenai minyak masak ini, tapi saya pun tak pernah cuba. Sebab saya tak cuba, pertama, saya servis kereta kat kedai. Rasa malu pulak nak bawa satu tong minyak masak ke kedai. Tapi saya rasa, nanti nak try juga dengan gantikan tong minyak hitam dengan minyak masak siap-siap kat rumah. Sebab kedua, saya takut kereta saya rosak. Yer le, kita beli kereta mahal-mahal, tiba-tiba rosak disebabkan minyak masak tu, kan ker nanti menyesal. Kawan saya tu pomen, kalau kereta dia rosak, dia boleh repair sendiri. Tapi setahu saya, kereta dia tu okey jer. Lagipun kereta dia Proton dan Kancil, kereta saya lain. Mungkin saya anggap kereta saya tak sesuai. Kenapa Tak Cuba? Mungkin juga kita ditakut-takutkan dan tak mahu mencuba suatu yang baru. Dunia mengiktiraf yang minyak sawit Malaysia bermutu tinggi dan kajian serta penemuan telah ada mengenai kegunaan minyak sawit sebagai minyak enjin kenderaan. Banyak Barang Tiruan? Kita dengar dan baca di akhbar mengenai banyaknya rokok tiruan. Pembelinya cukup ramai kerana harganya jauh lebih murah berbanding rokok yang ori. Walaupun penguatkuasaan dijalankan, tetapi bukanlah mudah untuk dibenteras. Ada pelbagai lagi barang termasuk pakaian, beg dan lain-lain. Saya yang main ping-pong pun, pernah dapat tahu kewujudan getah ping-pong dan bola jenama terkenal yang tiruan. Permainan ping-pong kita akan hilang mutu bila terkena getah tiruan. Bola ping-pong pula tak tahan lama dan kita dapat bezakan rasa apabila memukul bola berkenaan. Wujudkan Talian Aduan Saya cadangkan supaya pihak berkuasa wujudkan talian terus untuk membuat aduan mengenai barang tiruan ini. Tidak kiralah apa barang, asalkan boleh dikesan kesalahannya, bolehlah orang ramai buat aduan. Mungkin ada atau mungkin tidak talian aduan ini, saya pun tak berapa tahu sangat. Adalah lebih baik kalau kita hebahkan nombor telefon aduan ini dan identiti pengadu perlulah dirahsiakan.