Monday, September 19, 2011

BATERI BARU ATAU PALSU?

19 September 2011
Betul Ke Bateri Kereta Jenis Berjenama atau Palsu ?

Satu hari tu saya lalu di depan sebuah kedai jual bateri kereta. Saya nampak pekerja tu sedang punggah bateri kereta dari lori, masuk ke dalam kedai. Jumlahnya bukan sikit tapi banyak. Yang saya hairan, bateri tu bateri baru tapi tak ada cop atau sticker jenama bateri tu. Kenapa tidak ada sticker ?

Hari ni kawan saya beli bateri kereta kat kedai tu, dia beli bateri jenama terkenal dengan harga sama mahal dengan jenama terkenal tu. Baru saya perasan yang bateri tu cuma ditampal sticker saja, tidak ada cop atau tulisan jenama tu di tempat lain kat bateri tu.
.
Bateri Original atau Palsu ?

Timbul persoalan pada saya... adakah bateri tu betul original atau palsu. Untuk buat sticker dan ditampal di kiri dan kanan bateri tu bukan susah. Bukan saya nak reka cerita sebarangan tapi ragu-ragu juga sebab saya sendiri tengok bateri tu tak ada tulisan masa punggah dari lori tu. Lagi satu, sekarang kedai sanggup beli bateri lama kita dengan harga RM 10-20 walaupun yang sudah rosak. Kita tak tahulah, adakah bateri tu boleh dikitar semula dan dijual seperti baru, entahlah.

Jadi, saya harap pihak berkuasa kalau boleh buatlah pemeriksaan di kedai jual bateri. Bukan kedai itu saja tapi di kedai-kedai lain yang jual bateri untuk mengelakkan pengguna tertipu. Ini juga untuk menjaga kepentingan syarikat pengeluar bateri yang original tu juga.
Dicatat oleh Mohd Khalil Pada Isnin, September 19, 2011
1 komen:
Tanpa Nama berkata...

saye rasa la tu bateri rekon or palsu or terpakai...sebab saye dah terkene...beli bateri baru...tup2..keta baru 2-3 hari tinggal tak start...bateri dah kong.....
19 September 2011 4:41 PM

Monday, September 12, 2011

CARA KONTROL MINYAK PETROL

Disebabkan harga minyak yang sentiasa naik. Saya ingin berkongsi tips-tips untuk menjimatkan minyak yang diambil daripada Sidang Pengarang Wanita Dot Us.. Kita sebagai penguna tidak ada hak untuk menentukan harga minyak. Dengan ekonomi global yang tidak stabil. Harga minyak tidak mudah untuk turun. Bila harga minyak naik akan membebankan pengguna. Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu.

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.
Posted by Yahya Bakeri