Sunday, December 29, 2013

TOYOTA CAMRY BARU!

Toyota Camry 2013.12 Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 1994, Toyota Camry telah menjadi antara kereta sedan bersaiz sederhana paling popular. Faktanya setakat 2011, sebanyak 95 ribu unit model itu telah terjual dan juga menjadi peneraju pasaran di dalam kelasnya untuk beberapa tahun. Antara faktor pencapaian itu ialah rekabentuk yang pintar, keselesaan dan prestasinya. Paling utama ialah keyakinan terhadap jenama Toyota itu sendiri di samping kualiti, tahan lasak dan boleh dipercayai. UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah melancarkan Camry serba baharu pada tahun 2012 dengan tiga varian iaitu Camry 2.5V, Camry 2.0G, Camry 2.0E dengan empat pilihan warna termasuk warna baharu iaitu Attitude Black. Kesemua varian itu dikuasakan oleh enjin tersohor Toyota dengan teknologi VVT-i dan transmisi automatik. Toyota Camry 2013.15 Pasukan pereka Camry baharu telah menggunakan tema “Rational Tech Dinamism” dengan penampilan sporty. Memahami citarasa pembeli Camry dan juga input daripada pelanggan, perekanya telah memilih rekaan yang ringkas tetapi menonjol dengan fokus pada kualiti permukaan menggunakan kaedah kemasan baharu. Jika dipandang dari sudut depan, wajah Camry baharu kini nampak lebih gah di mana bonet telah ditinggikan manakala lampu utama dan gril direka supaya tampak lebar. Dipandang dari sisi pula, Camry nampak seimbang, moden dan elegan di samping saiznya yang besar. Sisi penumpang belakang telah ditinggikan dan menurun ke hadapan seperti huruf V (wedge) yang menghasilkan seolah-olah kereta sedang bergerak walaupun di dalam keadaan statik. Bahagian belakang pula menekankan bentuk yang lebar melalui beberapa peralatan seperti palang hiasan (garnish), bentuk lampu dan juga posisi lampu reflektor. Kecekapan aerodinamik juga adalah ciri yang penting bagi menghasilkan kereta yang stabil, selesa dan penggunaan minyak yang rendah. Bucu badan Camry telah dibentuk supaya mesra rintangan angin manakala ruang terbuka di bawah kereta telah dikurangkan dan penutup ruang turut ditambah supaya aliran udara lebih lancar. Sebagai tambahan, terdapat sirip kecil pada penghujung kereta supaya gelora angin yang menyebabkan seretan dan ketidakstabilan dapat dikurangkan. Kajian ekstensif yang dilakukan di terowong angin Toyota mendapati bahawa aliran angin pada sisi kereta sangat kuat dan jika ianya dapat dikurangkan kestabilan kereta akan bertambah baik. Untuk mengatasi senario itu, sirip penstabil aerodinamik telah ditambah pada tapak cermin sisi dan hasilnya kereta menjadi lebih stabil. Toyota Camry 2013.13 Untuk bahagian dalaman pula, perekanya telah mensasarkan untuk menimbulkan rasa suasana yang berkualiti, dengan tanggapan fizikal dan visual yang luas. Caranya ialah dengan menyemak semula pakej interior bagi mengeksploitasi saiz kabin yang diperbesarkan dan juga mereka semula beberapa komponen seperti pedal minyak dan kerusi depan yang telah dianjak ke hadapan manakala posisi kedudukan pinggul kerusi belakang telah ditarik ke belakang. Selain daripada itu, rasa yang lebih luas juga telah dicapai melalui pembaikan pada visual yang boleh dinikmati penumpang dengan mereka semula tiang A dan B kereta. Juga direka semula ialah bentuk belakang pada kerusi depan dan konsol tengah yang memberi lebih efek keluasan. Selain daripada itu, untuk memberi lebih keselesaan pada penumpang, rangka kerusi turut direka kembali. Ketinggian sandaran dan panjang kerusi telah ditambah menghasilkan lebih permukaan untuk sokongan badan. Meter Optitron yang besar dengan tiga gugusan pula berfungsi pada semua keadaan pencahayaan manakala Multi Info Display (MID) pula menyediakan maklumat jarak perjalanan, suhu luar, purata kelajuan, jarak laju jajap (cruising speed), penggunaan minyak dan masa perjalanan. Baharu untuk Camry ialah meter penggunaan minyak semasa dan purata. Juga baharu ialah Eco Driving Indicator Light yang dapat membantu pemandu bagi mendapatkan pemanduan yang menjimatkan. Suis-suis seperti kawalan audio, penyaman udara, dan MID dipasangkan pada stereng yang dapat mengurangkan pergerakan pemandu. Untuk Camry 2.5V, sistem audionya didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci, pemain DVD dan fungsi tambahan seperti sambungan Bluetooth dan paparan kamera undur. Toyota Camry 2013.05 Dengan keadaan suhu negara tropikal yang panas, menyejukkan kabin adalah tugas yang penting dan sistem penyaman udara dua zon pada Camry baharu telah diuji secara ekstensif di dalam cuaca Malaysia bagi memastikan prestasi yang terbaik. Sistem itu boleh ditetapkan pada mode Auto yang mengekalkan tahap kesejukan di dalam kabin atau pun ditetapkan secara manual. Penumpang belakang turut dibekalkan dengan corong penyaman udara melalui belakang konsol tengah supaya suhu sejuk diedarkan dengan lebih menyeluruh. Penumpang belakang terus diutamakan apabila cermin belakang dipasangkan bidai elektronik dan bidai manual untuk cermin sisi. Menguasakan Camry baharu ialah dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter 2AR-FE dan 2.0 liter 1AZ-FE. Kedua-dua enjin yang diperbuat daripada aluminium itu mempunyai teknologi VVT-i yang merupakan sistem termaju dalam meningkatkan kuasa dengan penggunaan minyak yang efisyen dan mengurangkan kadar emisi berbahaya. VVT-i membolehkan enjin berfungsi pada kedudukan terbaik melalui teknologi injap pemasaan yang sentiasa berubah mengikut corak pemanduan. Sementara enjin 1 AZ-FE ditambah baik daripada model sebelumnya, enjin 2AR-FE merupakan nadi kuasa baharu untuk Camry dengan teknologi Dual VVT-i yang lebih canggih dengan mengoptimumkan pemasaan bukan sahaja pada injap pengambilan tetapi juga pada injap ekzos. Kaedah itu menambah baik prestasi enjin dan penggunaan minyak serta mengurangkan pencemaran udara. Kuasa enjin dan tork untuk kedua enjin tersebut dikatakan antara yang terbaik di dalam kelasnya. Untuk enjin 2AR-FE, kuasa maksimum ialah 181ps pada 6,000 rpm dengan tork 231Nm pada 4,100 rpm manakala enjin 1AZ-FE dengan beberapa perubahan dalaman pula berkuasa 148ps pada 6,000 rpm dan tork 190Nm pada 4,000 rpm. Toyota Camry 2013.09 Dipadankan pada Camry 2.5V ialah transmisi automatik Super ECT enam kelajuan. Transmisi tersebut mempunyai fungsi manual apabila pemandu inginkan pemanduan yang lebih ‘drama’. Dengan enam nisbah kelajuan, transmisi itu membolehkan penukaran di antara gear lebih lancar dan pada kelajuan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama kelajuan enjin boleh dikurangkan untuk penjimatan minyak. Transmisi Camry 2.5V turut mempunyai Flex-start control yang menggunakan fungsi klac kuncian untuk memperbaiki kecekapan pemindahan kuasa dan terlebih dahulu mengurangkan kuasa enjin yang juga menyumbang kepada penggunaan minyak yang ekonomikal. Sebagai tambahan, Flex lock-up control turut berfungsi selepas tukaran gear kedua. Buat Camry 2.0E dan 2.0G, Toyota masih mengekalkan transmisi empat kelajuan automatik Super ECT dengan fungsi tukaran manual yang menawarkan respon yang pantas, tukaran yang lancar dan penjimatan minyak hasil daripada teknologi geseran rendah yang digunakan. Tambahan pula, transmisi tersebut sudah pun teruji pada Camry generasi sebelumnya. Sistem suspensi Camry baharu adalah sama seperti model sebelumnya yang sudah terbukti. Pasukan jurutera telah mengambil kira faktor aerodinamik yang telah di tambah baik pada model ini. Faktor tersebut telah menyumbang kepada lebih kestabilan seterusnya mengoptimumkan prestasi hentakan untuk memberi lebih keselesaan. Kestabilan pada laluan lurus dan tahap pemanduan yang lebih fokus akan lebih dirasai pada Camry baharu. Teknologi stereng rak dan pinan berkuasa kini didatangkan dengan motor elektrik berbanding pam kuasa. Penggunaan minyak lebih baik apabila kuasa enjin tidak lagi digunakan untuk menggerakkan pam kuasa stereng. Selain daripada itu, bantuan motor elektrik hanya dibekalkan apabila diperlukan dan dari sudut alam sekitar, ianya lebih baik memandangkan tiada minyak digunakan pada sistem itu. Lebih menarik jumlah bantuan kuasa berkadaran dengan kelajuan kereta iaitu dilebihkan pada kelajuan rendah untuk senang dikemudi dan dkurangkan pada kelajuan tinggi untuk memberi lebih kawalan pada pemandu. Toyota Camry 2013.14 Toyota komited dalam menawarkan kenderaan berkualiti tinggi yang mempunyai sistem keselamatan yang bagus sama ada daripada aspek keselamatan Aktif dan Pasif. Standard yang digunakan adalah berdasarkan sistem dalaman yang dikenali sebagai Global Outstanding Assesment (GOA) yang menetapkan sasaran yang sama ada setara atau lebih baik daripada standard antarabangsa. Setiap model baharu Toyota termasuk Camry perlu disahkan melalui kaedah GOA sebelum dijual kepada umum. Untuk Camry, brek cakera yang besar dipasangkan pada tayar depan dan belakang untuk meningkatkan kuasa pemberhentian. Sistem brek dilengkapi dengan ABS manakala penggerak (actuator) brek baharu yang lebih kompak telah dipasang. Ciri tambahan lain yang turut dipasang ialah Electronic Brakeforce Distribution (EBD) yang berkerja dengan unit kawalan ABD bagi melaras kuasa brek ke depan dan belakang berdasarkan keadaan jalan dan beban muatan. Brake Assist (BA) juga standard dan membekalkan kuasa tambahan semasa brek kecemasan untuk mengurangkan defisit kuasa apabila pemandu kurang memberi kuasa pada pedal brek seperti sepatutnya. Walaupun ciri-ciri keselamatan Aktif pada Camry baharu boleh membantu pemandu mengelakkan kemalangan, Toyota turut memastikan chasis yang telah melalui proses GOA membekalkan ciri-ciri keselamatan Pasif. Struktur Camry telah direka untuk menyerap tenaga hentakan dan mengurangkan impak pada penumpang kereta. Besi ketegangan tinggi (HT steel) digunakan pada poin strategik untuk mengurangkan kesan sewaktu hentakan pada sisi kereta. Di dalam kabin, rangka kerusi juga dibina untuk menyerap hentakan dari tepi dan anggota silang (crossmeber) di tengah-tengah lantai juga direka untuk fungsi yang sama. Chasis terus diperkuatkan dengan menyambung cowl (tutup) depan pada bahagian atas suspensi. Toyota Camry 2013.10 Toyota turut mengambil kira pengguna jalan lain apabila bonet dan struktur Camry direka supaya dapat mengurangkan kecederaan kepada pejalan kaki apabila berlaku pelanggaran. Jika berlaku pelanggaran, pemandu dan penumpang turut dibekalkan dengan beg udara depan (SRS) dengan tali pinggang keledar pra tegang untuk mengurangkan pergerakan ke depan. Buat penumpang Camry 2.5V terdapat tambahan beg udara sisi yang dapat melindungi mereka sewaktu pelanggaran sisi. Kerusi Camry turut didatangkan dengan Whiplash Injury Lessening (WIL) yang dapat mengurangkan kecederaan kepada sewaktu pelanggaran dari belakang. Kebiasaannya kepala akan bergerak ke belakang secara mengejut dan WIL memberi sokongan kepada kepala dan bahagian atas belakang bagi mengurangkan kecederaan jenis itu. Walaupun penumpang akan tertahan dengan tali pinggang keledar, kepala mereka akan bergerak dan mengenai bahagian dalaman kabin yang menyebabkan kecederaan. Untuk bahagian atas kabin, Toyota menggunakan bahan yang dapat menyerap hentakan bagi mengurangkan kecederaan. Untuk mereka yang inginkan kelainan, UMW Toyota Motor menawarkan kit aero yang dapat memberikan penampilan yang lebih sporty dan agresif pada Camry mereka. Pelanggan boleh memesan aksesori tersebut sewaktu pembelian kereta dan kit tersebut akan dipasang di pusat aksesori UMW di Bukit Raja, Selangor. Terdapat beberapa aksesori lain seperti filem penebat haba dan keselamatan Premium dan DVD Audio Visual Navigation (DVDAV) dengan kamera undur untuk varian 2.0G dan 2.0E. Toyota Camry baharu didatangkan dengan waranti selama 3 tahun atau 100,000 km yang mana dahulu.

Tuesday, November 12, 2013

TOYOTA KE30 MELAMPAU

WARNA kuning Ferrari membuatkan penampilan Toyota KE30 ini begitu menyerlah. ________________________________________ KETERLALUAN? Mungkin. Toyota Corolla E30 itu sangat melampau apabila dipasangkan dengan enjin Mazda rotary 13B. Jarang dibuat orang dan saya tidak fikir ramai yang sanggup membuat modifikasi hingga ke tahap ini. Enjin rotary 13B pada Toyota KE30 mungkin sudah jadi perkara biasa. Tetapi pada model E30 dengan casis yang tua, takut tercabut pula ruang enjin bila pecut nanti. Namun, kalau hati sudah suka dan duit bukan penghalang, modifikasi begini adalah ‘permata’ bagi peminat kereta yang telah diubah suai. Enjin itu bukan masuk begitu sahaja. Sebaliknya ia dipasang dengan kemas dan sangat cantik berbanding projek Kancil L2 yang pernah saya lihat sebelum ini. Dalam geran, model sebenar kereta itu ialah Toyota Corolla KE55R CS Sedan. Ia tergolong dalam keluarga E30 dan lebih popular disebut sebagai KE30. KE30 mempunyai banyak varian seperti coupe, hardtop, sport coupe, wagon, malah versi van pun ada (di pasaran Jepun).
ENJIN 13B Mazda RX7 yang tidak mengalami sebarang proses ubah suai ketara. ________________________________________ Ketika kereta itu mula-mula dikeluarkan dahulu, ia menjadi Corolla paling berjaya di pasaran Amerika Syarikat. Kecil, ekonomikal, tidak banyak kerenah dan minyaknya super jimat. Waktu itu krisis minyak sedunia sedang melanda dan orang sudah tidak terima idea gila enjin V8 atau kereta muscle yang pelahap petrol. Modifikasi paling penting pada jentera itu ialah ekzos 5Zigen. Kalau sudah nama enjin rotary, pasang ekzos yang boleh mengejutkan orang satu pekan barulah seronok. Bunyi enjin 13B N/A (aspirasi biasa) itu semakin galak apabila dipadankan dengan paip ekzos salur terus. Enjin itu langsung tidak diusik. Pasang paip tahan karat, hos Samco dan penapis udara K&N sahaja. Modifikasi penting ialah gandar belakang dengan bahan kitar semula Mitsubishi Lancer A174 dengan LSD. Ada lagi, klacnya ialah Twinplate OS Giken! Apabila kereta sudah laju, suspensi mestilah berada dalam kondisi cemerlang. Jadi, ia dipasang dengan set suspensi boleh laras TRD depan belakang. Rim replika Enkei RS Evolution itu 17 inci saiznya. Nampak besar betul pada kereta itu. Tayarnya ialah Falken Ziex 215/40 depan dan 215/45 Continental di belakang.
PAPAN pemuka jentara lama ini nampak cukup ringkas. ________________________________________ Bagi memastikan kereta dapat diberhentikan dengan selamat, brek FD Efini depan dan belakang digunakan. Kalau anda rasa projek begini asal boleh atau cuma harap kepada enjin dan badan sahaja yang terjaga, memang anda silap. Bahagian dalamannya dikemaskan dengan sepasang tempat duduk Recaro merah hitam yang telah dibalut semula. Papan pemuka pula nampak kemas dengan pelekat karbon. Sementara meter asal FD ditanam dalam casis dengan kelongsong asal KE55 dibiarkan pada posisinya. Bijak bukan? Kemasan akhir ialah warna kuning Ferrari yang nampak sangat menyerlah. Bukan sahaja catnya kemas, malah kerja restorasi badannya juga memang cemerlang. Bukan senang hendak membaik pulih kereta lama jadi tahap sebegini. Perlu sabar dan beri kepada mekanik yang betul. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_02.htm&fb_action_ids=447243388727897&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.Ukq4CSndYyc.like&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582#ixzz2kPrJiVcP Hakcipta terpelihara

Thursday, September 5, 2013

HONDA BARU

Setia Alam, 4 September 2013 – Honda Accord serba baharu generasi kesembilan yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba di Malaysia! Direka semula secara sepenuhnya dan dilengkapi pelbagai teknologi baharu dan canggih ciptaan Honda, Sedan Premium Pintar Termaju ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya.
Accord menyerlahkan semenjak penghasilannya 37 tahun dahulu menerusi perubahan penuh ke atas lapan model sebelum ini. Dipasarkan di 160 buah negara, Accord kekal sebagai penanda aras dalam industri dengan jualan kumulatif mencecah 19 juta unit di seluruh dunia. Sejak membuat penampilan pertama pada tahun 1976, Accord telah menjadi model penting buat Honda. Ia juga mengalami evolusi teknologi bersama Honda demi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Accord serba baharu dibina dengan gayaan inovatif yang diperhalusi serta ciri-ciri premium termaju. Ia pasti mampu menarik perhatian golongan yang gemarkan kemewahan, sama ada lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan sebuah sedan mewah. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd., En. Yoichiro Ueno berkata, “Di Malaysia, Accord mempunyai ramai peminat setia untuk semua generasinya. Sehingga 31 Ogos 2013, lebih 51,500 unit Honda Accord telah terjual di seluruh Malaysia. Photo 5 En. Roslan Abdullah, President and COO, Mr. Hideaki Kawano, Assistant to MD, Mr. Yoichiro Ueno, MD and CEO, Mr. Akkbar Danial, Head of Marketing, Mr Masao Nakano, A-LPL of All-New Accord Accord serba baharu yang akan diperkenalkan kepada anda pada hari ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya. Accord generasi kesembilan telah dibina dan direka dengan memberi keutamaan kepada para pelanggan kami. Ia berhasrat untuk mencipta keseimbangan di antara kemewahan dan prestasi yang merangkumi sistem keselamatan inovatif serta teknologi-teknologi termaju demi menawarkan keselesaan dan kemewahan terunggul,” tambah Encik Ueno. Accord generasi kesembilan juga membuatkan para jurutera Honda kembali membuat lakaran dan memulakannya daripada asas bersama objektif untuk meningkatkannya ke tahap lebih tinggi, selain menjadikannya sebagai Accord terbaik dalam kelasnya. Nadi Accord ini adalah “Honda DNA”. Nilai-nilai dan DNA Accord dikekalkan – gaya yang tidak ditelan zaman, keselesaan dan kesenyapan terbaik dalam kelasnya, peningkatan tahap penjimatan bahan api, elemen seronok untuk dipandu, kualiti pandangan yang baik bersama ciri-ciri keselamatan termaju serta bernilai untuk wang. Dengan penambahan teknologi termaju, sofistikasi, kemewahan dan kualiti; Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi “Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar.” Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian tertinggi kini dikuasakan oleh enjin “Earth Dreams Technology” Honda yang revolusionari. “Earth Dreams Technology” merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta oleh Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api. Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja. Accord serba baharu yang direka penuh gaya ini adalah lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Berpaksikan kepada konsep asas “Sedan Dinamik Pintar”, Accord serba baharu menampilkan rekaan luaran yang telah dipertingkatkan melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik. Ruang dalaman Accord serba baharu menetapkan penanda aras baharu dari aspek keluasan, sofistifikasi dan kehalusan buatan dalam segmennya. Berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu ‘Man Maximum, Machine Minimum’ (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Secara keseluruhannya, ruang dalamannya mengutamakan kemewahan dan berkualiti tinggi bersama rekaan yang bersih untuk meningkatkan lagi keselesaan. Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang mengatasi kelasnya. Aspek Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (Noise, Vibration, Harshness atau NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan yang kukuh. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pemanduan menyeronokkan di dalam kabin Accord serba baharu yang luas dan selesa. Accord serba baharu telah dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Salah satu contohnya ialah LaneWatch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Visual titik buta akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord serba baharu (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan. Ciri isyarat berhenti kecemasan (Emergency Stop Signal) dan One Touch Lane Change meningkatkan lagi aspek keselamatan inovatif kenderaan yang dinamik ini. Dipasang pada varian 2.4VTi-L, sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran Honda Malaysia. Meletakkan aspek keselamatan ke tahap lebih tinggi, Accord serba baharu hadir bersama ciri Motion Adaptive EPS (MA-EPS) yang digabungkan dengan sistem VSA untuk membantu pemandu mendapatkan kestabilan ketika berada dalam situasi understeer dan oversteer. Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun bersama jarak perbatuan tanpa had serta selang servis 10,000km bagi menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada semua pemilik Accord serba baharu. Honda Malaysia percaya bahawa pakej selepas jualan baru yang kompetitif ini mampu menarik minat para pelanggan Honda untuk menjadikan Accord sebagai kenderaan pilihan mereka. Accord serba baharu didatangkan dalam lima warna – satu warna baharu yang menarik iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Taffeta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak). Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 2,800 unit Accord generasi kesembilan pada tahun 2013. Accord serba baharu juga dijangka mampu menguasai 30 peratus perkongsian pasaran untuk kenderaan segmen D Eksekutif bukan nasional. Tambah Ueno lagi, “Accord serba baharu menetapkan satu standard baharu dari aspek kemewahan dan ciri-ciri teknologi inovatif. Kami yakin bahawa model ini akan menjadi produk yang mendahului segmennya dan disukai oleh semua rakyat Malaysia.”

Sunday, August 25, 2013

TIP JAGA KERETA KALIS AIR?

Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah... bagaimana hendak membuatkan keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah... Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit. Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. Cara-caranya ialah: 1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya. 2. Bilas dengan air biasa dahulu. 3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan. 4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh). 5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?) 6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering. Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda. Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun. Selamat mencuba ye..dan rasa kalau malas ha...senang je..apa lagi datang jela ke ke BENGKEL MAT KRISS ye....lagi senangkan...taulah Mat Kriss mempolish kereta anda ke tahap maksima...janji puas hati... jom hubungi Mat Kriss kalau rasa-rasa nak kasi kereta chantekk dan kilat lagi berseri gitew....

Thursday, August 22, 2013

TIP MEMANDU BAGI WANITA HAMIL

WALAU pun sedang hamil, namun ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita itu ‘bersara’ sejenak daripada memandu. Tidak dinafikan ada wanita yang akan mengharapkan bantuan suami untuk menghantarnya ke mana-mana ketika sedang hamil. Namun bagi wanita yang memilih untuk berdikari, sudah pasti mereka tidak mahu menyusahkan si suami. Lantas, biar pun ‘penat membawa perut’, namun tugas memandu termasuklah menghantar anak-anak ke sekolah tetap diteruskan.
Biar pun bakal mengalami sedikit (atau mungkin juga teruk) kelelahan sepanjang kehamilan, namun rutin harian ini masih tetap boleh dilakukan asalkan tidak sampai menjejaskan keselamatan dan kesihatan anda serta si kecil yang berada di dalam kandungan. Namun jika anda bercadang mahu memandu untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama, dinasihatkan agar anda melakukan pemeriksaan kesihatan dan kandungan agar tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang pemanduan. Trimester Pertama Sering kali pada tempoh awal kehamilan, anda mungkin mengalami gejala morning sickness dan ia akan membuatkan tubuh badan kurang sihat, agak lemah, mual, muntah dan pening kepala. Dinasihatkan agar anda tidak memandu jika sedang mengalami morning sickness. Sebelum memandu, dinasihatkan agar anda menjamah makanan biar pun sekadar sedikit saja untuk mengalas perut. Jika perut anda kosong, ia boleh mendorong rasa mual ketika memandu, lebih-lebih lagi jika penghawa dingin terpasang di dalam kereta. Anda juga digalakkan agar membawa bekalan makanan ringan dan air sepanjang perjalanan. Ada kalanya wanita hamil akan cepat berasa lapar, jadi dengan adanya bekalan makanan ini, bolehlah anda makan dalam perjalanan. Selain daripada itu, pastikan anda juga membawa gula-gula atau gula-gula getah. Mungkin anda boleh memakannya bagi mengelakkan rasa mual ketika memandu. Antara perkara lain yang penting ialah jangan lupa sediakan beg plastik di dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah. Dan jika anda terasa pening, mual atau pun muntah secara tiba-tiba, segera memperlahankan kenderaan dan berhenti di kawasan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan kembali perjalanan. Andai keadaan anda tidak mengizinkan untuk memulakan kembali pemanduan, dinasihatkan agar anda menghubungi keluarga atau kenalan terdekat untuk membantu anda. Ingat, memandu di dalam keadaan yang kurang sihat boleh menjejaskan keselamatan anda sendiri. Trimester Kedua Jika terasa tulang belakang mula sakit, anda dinasihatkan agar berhenti seketika di kawasan yang selamat untuk berehat. Apabila keadaan anda mula kembali pulih, barulah sesuai untuk meneruskan pemanduan. Jika otot atau sendi mula terasa lenguh atau ngilu, anda juga boleh berhenti sejenak di kawasan selamat, keluar dari kereta atau lakukan sedikit senaman regangan yang boleh membantu menenangkan tubuh badan. Trimester Ketiga Untuk mengelakkan rasa sengal atau sakit bahagian belakang badan, letakkan bantal kecil di belakang anda ketika memandu. Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng dan pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya. Jika takut perut terkena stereng, anda juga boleh meletakkan bantal kecil di antara perut dan stereng. Jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan mula terasa letih, seeloknya anda mencari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat seketika. Jalan yang sesak boleh membuatkan anda cepat letih, kejang otot dan stres. Ketika sedang memandu, jika tiba-tiba anda terasa kontraksi ringan, berhenti sebentar di kawasan yang selamat. Turunkan tempat duduk agar anda boleh berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi itu hilang sebelum kembali memandu. Jika kontraksi tidak hilang atau pun makin kuat terasa, segeralah menghubungi keluarga atau kenalan terdekat untuk mendapatkan bantuan. Di akhir-akhir bulan kehamilan, anda juga dinasihatkan agar tidak memandu dan mintalah bantuan suami, keluarga atau pun kenalan untuk menghantar ke mana-mana.

Tuesday, August 13, 2013

TIP BILA BERLAKU EKSIDEN

Tips Apabila Kemalangan Berlaku Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :
1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit. 2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor). 3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan. 4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan. 5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya. 6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya) 7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa. 8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan. 9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan. 10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan. 11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki. 12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga. Tips : - Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku. - Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi. - Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran. - Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda. - Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta. Amaran ! Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas. Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut... credit to Gempak.Org - See more at: http://depalma-sp.blogspot.com/2011/05/tips-apabila-kemalangan-berlaku.html#more http://depalma-sp.blogspot.com/2011/05/tips-apabila-kemalangan-berlaku.html#more

KERETA DI JALAN RAYA DI HARI RAYA

C_SIw4/s320/keta12.jpg" />

Thursday, August 1, 2013

HATI-HATI ADA ??? DI JALANRAYA SEMARA HARI RAYA

PLUS North Bound (ke Utara) *Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction. *Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange. *Under the overhead restaurant at Sg Buloh. *Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km. *Under the bridge at 296.5km, Bangi junction. *Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction. *Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction. PLUS South Bound (ke Selatan) *Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby. *Under the bridge after Subang junction at 11.3km. *Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction. *Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only! *Under the bridge at 302.8km, Kajang junction. *About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes *At 296.5km and 297km, Bangi junction. *Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction. *At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction. *On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction. *After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park. *Behind the right hand crash barrier at 198.4km. Elite Central Link East/North Bound *On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit *Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! *Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. Elite Central Link West/South Bound *Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! *Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. *After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h NKVE East/North Bound *300m before Jalan Duta toll, 60km/h! *Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h! *Below bridge at Damansara Junction, 17.5km NKVE West/South Bound *Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h! *From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone! *From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km. *Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km *Below railway bridge at 11.2km *Under the bridge at Shah Alam junction. Kesas East Bound *Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction. Kesas West Bound *At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity *Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone. Klang *Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only! East Coast *Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow. *East bound, downhill run after Raub junction. *Maran, 60km/h zone. *Paya Bungor, 70km/h zone. SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound *Tangkak junction. *Under the bridge after Yong Peng North junction *at 97.3km. *Ayer Hitam junction. *Sedenak junction. SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG North Bound *Around Ayer Hitam in 60km/h zone. *Before Perwaja Steel. *Sg Petani junction. *Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll. *PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h. South Bound *PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h. *About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h. SPEED TRAPS IN PERAK North Bound *Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction. *Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction. *Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction. *Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction. *Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h. *Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction. *Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction. *Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction. *Under the bridge at 296km, Gopeng Junction. *Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction. *Under the bridge at 353km, Sungkai Junction. *Under the bridge at 373km, Slim River Junction. South Bound *Under the bridge at 199km, before Kamunting junction. *Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction. *Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction. *Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction. *Under the bridge at 300km, after Gopeng junction. *Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction. *Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction. Special thanks to Team Ultimate-X in FB

Sunday, July 28, 2013

ALLAH SENTIASA PERHATIKAN KITA

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi) Aku sedang diperhatikan oleh Allah * Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman. Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah. Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat. LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”. “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”. “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”. “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”. Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Thursday, July 11, 2013

BAS PERCUMA LAGI KAMI SETUJU

Bas Percuma: MB Selangor tahniah atas usaha contoh kerajaan rakyat ini Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi. Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya. Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Tuesday, July 9, 2013

TIP BUANG KESAN TAMPALAN ROADTAX

Cara Meninggalkan Kesan Road Tax Pada Cermin Kereta
Ada pengguna kenderaan yang mengadu tentang pelekat road tax (cukai jalan) yang mesti dipasang pada kereta setiap tahun. Cara Meninggalkan Kesan Road Tax Pada Cermin Kereta Masalah yang sering berlaku adalah, road tax ini akan meninggalkan kesan atau bekas yang mencacatkan cermin kereta. Justeru itu, kami menyediakan jalan penyelesaian untuk menanggalkan kesan kecacatan ini pada cermin kereta. Selepas ini, tiada lagi masalah atau keraguan untuk menukar road tax kereta setiap tahun. Cara ini berkesan, dan boleh digunakan berkali-kali. Ia diambil daripada blog Pingkey. 5 Langkah Untuk Menghilangkan Kesan Road Tax Langkah pertama: Menggunakan tiner (boleh didapati di kedai berdekatan). Tugas tiner ini adalah untuk menanggalkan kesan yang mencacatkan cermin kenderaan. Langkah kedua: Tuang sedikit tiner pada kertas tisu. Langkah ketiga: Gosok pada kesan atau bekas kotoran road tax pada cermin kenderaan sehingga hilang. Langkah keempat: Lap cermin kenderaan dengan menggunakan tisu atau kain kering. Biarkan ia kering dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Langkah kelima: Setelah selesai, tampalkan road tax yang baru. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca. Mohon kongsikan tip ini kepada rakan-rakan kita yang ingin menukarkan road tax baru. Agar terubat kekecewaan mereka untuk melihat cermin kenderaan kekal cantik dan bersih.

Wednesday, July 3, 2013

TIP KALAU NAK SERVIS KERETA

Pasal servis kereta,ramai orang tahu kalau servis keta je kena ganti minyak hitam dan oil filter dan yang mana pandai skit tu hantar jer kat bengkel kereta suruh servis,memang betul pun tapi kita sebagai pengguna nak kena tahu juga serba sedikit pasal servis nie,Nak tau apa sebabnya ialah bila kita tak tau langsung selalunya mekanik cuma tukar minyak hitam,oil filter dan plug tapi yang sebenar-benarnya servis ialah tukar tiga parts tersebut ditambah dengan senarai dibawah dan pastikan semua yang 10 perkara ini mekanik dah periksa:- 1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup 2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh 3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar 4) periksa belting dan bearing supaya tau mane yang dah bunyi dan haus 5) periksa 'air filter'sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput 6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal 7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak 8) periksa segala minyak yang berkaitan seperti minyak brek,minyak clutch dan minyak gear 9) Periksa kabel plug samada masih boleh digunakan supaya enjin tak dipacu kurang kuasa api 10) Periksa semua hose mana tau ade yang bocor lebih2 lagi hose minyak petrol.Itu yang selalu keta teerbakar tu sebab hose petrol bocor.

Monday, July 1, 2013

HIKMAH BERPUASA WALAU BERKERJA DI BENGKEL DI MASA RAMADHAN

Hikmah Puasa, untuk kesihatan serta melawan penyakit rohani dan jasman Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“. Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya. Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan. Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun. Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini. Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.” Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti. Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya; Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Hadith Riwayat Abu Naiim) Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)

Wednesday, June 26, 2013

TIP MEMANDU SEMASA JEREBU !

Jerebu bukan setakat mampu mengugat kesihatan dan bahkan ia mampu menjadi faktor pemangkin kepada kemalangan sekiranya kita tidak tangani secara berhikmah. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Sewajarnya kita perlu mengurangkan aktiviti luaran dan tinggal di dalam rumah berikutan dengan keadaan berjerebu namun jika terpaksa memandu,disini saya sertakan tip untuk pemandu ketika jerebu: 1. Pasangkan lampu Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan. 2. Kurangkan kelajuan Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan. 3. Jaga jarak antara kenderaan Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan. 4. Jangan berhenti di tepi jalan Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan. 5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan. 6. Kenderaan rosak Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera. 7. Warga emas Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu. 8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui. 9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka. 10. Peringatan kepada pengguna motokar Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan. Terus amalkan pemanduan berhemah ketika jerebu dan saya doakan agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU DI BUKIT SENTOSA, APA PERLU KITA BUAT?

"SEKEPING penutup muka yang dibuat daripada kertas mahu dijual dengan harga 50 sen sekeping? "Sangat mahal dan sungguh tidak munasabah betul," itulah kata-kata seorang bapa bila anaknya yang berada di sekolah rendah memberitahu beliau tentang penutup muka yang dijual 50 sen sekeping di sebuah kedai. Menurut bapa itu lagi, biasanya penutup muka jenis kertas itu dijual antara RM7.00 dan RM9.00 untuk satu kotak yang mengandungi 100 keping penutup muka, bergantung kepada kualiti. Menurut satu tinjauan di pekan Rawang dekat sini, farmasi-farmasi runcit melaporkan peningkatan jualan penutup muka surgikal dalam kalangan orang ramai. Bagaimanapun mungkin ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada masalah jerebu yang melanda sekarang ini. "Kami hampir kehabisan stok. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai pelanggan yang bertanyakan pasal penutup muka. "Sebelum masalah jerebu bermula, sukar bagi kami nak jual mahupun sekotak penutup muka tetapi kini kami dapat jual enam hingga lapan kotak sehari," jelas tuan punya sebuah farmasi di Bandar Country Homes, Rawang yang ingin dikenali sebagai Lee. PENUTUP MUKA Menurut pakar-pakar penjagaan alam sekitar, perkara terbaik perlu dilakukan ketika jerebu melanda adalah dengan berada dalam rumah. "Tetapi bagi mereka yang perlu berada di luar rumah seperti kanak-kanak sekolah, pekerja ofis dan buruh pembangunan serta mereka yang memandu dan menggunakan motorsikal, memakai penutup muka adalah perkara yang digalakkan. "Sekurang-kurangnya penutup muka menghalang debu dan habuk asap daripada memasuki sistem pernafasan mereka yang memakainya," kata Lee. Kementerian Kesihatan baru-baru ini menasihati warga Malaysia terutama warga tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan seperti lelah (asma) agar mengelak daripada terlalu lama berada di luar rumah. Peniaga alat penghawa dingin juga melaporkan peningkatan dalam jualan alat yang mempunyai pembersih udara kebelakangan ini. "Pelanggan mahukan penghawa dingin yang mempunyai komponen pembersih udara atau 'ioniser' kerana ia membantu membersihkan udara yang tidak sihat," jelas seorang daripada pembekal itu. Sementara itu, pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil menjelaskan bahawa lebih ramai pesakit yang mahu rawatan bagi batuk, masalah pernafasan dan sakit mata dijangka mengunjungi keliniknya dalam minggu-minggu yang akan datang. "Daripada pengalaman saya yang lepas bila jerebu melanda, lebih ramai pesakit yang mahukan ubat bagi melegakan batuk, sakit mata dan masalah pernafasan," jelas beliau. APA ITU JEREBU? Menurut pensyarah, yang juga warga penjagaan alam sekitar, Amin Iskandar, jerebu muncul disebabkan zarah halus di udara. "Dalam konsentrasi tinggi, zarah-zarah ini akan bertaburan serta menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang hingga berlakunya seolah-olah alam sekeliling menjadi redup. "Jerebu bukannya hanya berlaku di kawasan bandar, malah boleh wujud di kawasan pedalaman," katanya. Zarah-zarah itu datang dari pelbagai sumber termasuk yang wujud secara semulajadi dan yang 'antropogenik' (muncul kerana proses tindakbalas). "Kebanyakan daripada zarah-zarah ini terbit hasil daripada kegiatan yang dilakukan manusia seperti pembakaran terbuka bagi tujuan penanaman, pembukaan tanah hutan, penggunaan kenderaan serta pembakaran bahanapi dalam industri," kata Amin. PEMBENTUKAN JEREBU "Pada satu-satu masa dalam setahun terutama semasa musim Monsun Baratdaya, pergerakan udara secara menegak akan berkurangan. "Pengurangan berat udara ini tidak merangsang pembentukan awan secara aktif lalu menyebabkan cuaca menjadi kering. "Terdapat juga beberapa faktor yang memanjangkan musim panas dan terdapatnya banyak pencemar udara merupakan suasana sesuai bagi pembentukan jerebu," jelas beliau. Menurut beliau lagi, zarah-zarah yang muncul di atmosfera akan terperangkap dalam udara yang tidak bergerak menyebabkan kumpulan partikel ini menjadi mendap dan membentuk jerebu. BAGAIMANA HILANGKAN JEREBU? Zarah-zarah dalam udara boleh dihilangkan melalui beberapa proses. Tarikan graviti akan membuat zarah-zarah yang lebih berat jatuh ke bumi manakala zarah yang lebih ringan boleh dihilangkan melalui 'rainout' atau kondensasi wap air lalu membentuk titisan air sehingga membentuk awan. Zarah-zarah ini juga boleh dihilangkan melalui proses penyatuan dengan titisan hujan semasa berlakunya hujan dan dinamakan 'washout'. Satu cara lagi adalah melaui mekanisme 'turbulence' di mana zarah jerebu ditiup kuat ke lapisan lebih tinggi dalam atmosfera. "Kejadian hujan lebat serta ribut petir adalah lebih berkesan manakala hujan yang sekejap dan tidak lebat adalah kurang cekap dalam menghilangkan jerebu," terang beliau lagi. - Bernama

Thursday, June 20, 2013

KENAPA SUKAR HIDUPKAN ENJIN?

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan Untuk panduan ramai pengguna bagi semoga dapat menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter . Asas-asas utama kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk. Bateri Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan. 1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan 2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala 3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START' 4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan. 5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi. 6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan. Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi? 1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON' 2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri 3.Angkat kabel penyambung bateri 4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap 5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset 6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal. 7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan? Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba.. 1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi. 2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus 3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug. 4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit) Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :- 1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON' 2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' . Ketika kunci 'ON' Starter Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku . Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku. Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter. Alternator Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2. Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan. Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula. Harus diingat juga jika enjin akan berbunyi kasar sedikit dengan penambahan aksesori yang banyak seperti video dibawah.

Thursday, June 13, 2013

TEKNOLOGI MINYAK ENJIN/HITAM TERKINI!

Teknologi terkini minyak hitam Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment. Jenama BARDAHL ber treatment Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas. Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter. Minyak hitam 3 liter Perodua Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik. Saksikan seterusnya video yang saya hasilkan bagaimana menuangkan dan menggunakan kaedah betul menukar minyak hitam. http://kerosakankereta.blogspot.com/

PETUA CERMIN BERKABUS !

Petua Menghilangkan Kabus Pada Cermin Kereta BAYANGKAN ANDA MEMANDU DALAM HUJAN LEBAT, TIBA-TIBA ALAT PENGHAWA DINGIN(AIR-COND) KERETA ANDA ROSAK..PASTILAH MENYUKARKAN PERJALANAN ANDA KERANA CERMIN KERETA AKAN BERWAP DAN KELABU..SELAIN BOLEH MEMBAHAYAKAN, INI JUGA BOLEH MENJEJASKAN MOOD ANDA YANG MAHU MEMANDU JAUH..APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI? DAPATKAN MINYAK RAMBUT YANG CECAIR PUTIH, BUKAN JENIS JELLY..TAK KISAHLAH APA JENAMA SEKALI PUN SAMADA CODE-10,HAIR CREAM, FOLLOW ME..LAKUKAN LANGKAH SEPERTI DIBAWAH TAK ADA MINYAK RAMBUT, ANDA BOLEH GUNAKAN SYAMPU..TAK KISAHLAH APA JENAMA..SURAH KE, SURAU KE, HEAD & SHOULDER KE..TAPI JANGAN CAMPUR DENGAN AIR.. -SAPUKAN MINYAK RAMBUT ATAU SYAMPU PADA CERMIN DAN GOSOK DENGAN RATA..TAK PERLU BANYAK, SELAPIS SUDAH MEMADAI. - GUNAKAN KERTAS SURAT KABAR, TISU ATAU KAIN ..LAP DENGAN PERLAHAN UNTUK MENGHILANGKAN KESAN BAYANG-BAYANG MINYAK RAMBUT SAHAJA. (PALING MULIA DAN BERKESAN GUNAKAN TISU) INSYA ALLAH KABUS ATAU WAP CERMIN PADA KERETA ANDA AKAN HILANG BUAT SEMENTARA WAKTU. SELAMAT MENCUBA

Tuesday, June 11, 2013

CARevo ADALAH KERETA LUMBA UKM

Kereta lumba UKM CARevo dibina untuk Perlumbaan Perodua Eco Challenge 2011 memiliki ciri-ciri aerodinamik terbaik, kekuatan lenturan casis dan kilasan maksimum. Lantas tidaklah mengejutkan apabila ia terpilih sebagai naib johan pertama dalam kategori reka bentuk pertandingan berkenaan yang telah diadakan di Sirkut Motorsport Antarabangsa Melaka. Digerakkan oleh enjin suntikan minyak 660cc dengan transmissi 5-kelajuan manual, panjang kenderaan 3450 mm, lebar 1500 mm dan ketinggian 1106 mm, CARevo dibina oleh Pusat Penyelidikan Automitif (CAR) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina khusus untuk pertandingan itu. Reka bentuk konsep kereta itu dibuat menggunakan CATIA v5 dan ia mempunyai pusat graviti rendah untuk mendapatkan kestabilan lebih baik dan badan ringan diperbuat daripada bahan komposit. Ketua CAR, Prof Madya Dr Rozli Zulkifli, memberitahu sejak tahun-tahun 1980an kilang perusahaan kereta semakin banyak bergantung pada cara-cara perkiraan untuk mereka bentuk kereta dalam usaha mengurangkan ujian mahal biasa bagi penyelidikan aerodinamik. Rekebentuk CARevo dianalisis menggunakan perisian dengan ciri-ciri mengurangkan penggunaan minyak (CFD) iaitu STAR-CCM++ dan analisis kekuatan menggunakan perisian SimDesigner V5R14. Ujian simulasi terhadap reka bentuk menunjukkan terdapat keamatan tekanan tinggi di bahagian bampar depan, perisai angin dan panel sisi kerana lengkungan tajam. Tekanan ke atas bahagian lain pula adalah sederhana. “Pacuan halaju di bahagian depan badan kereta adalah tinggi, tetapi rendah di bahagian belakang. Dari segi alur aliran pacuan halaju pada badan CARevo, ujian menunjukkan ia mengalir begitu licin kecuali ada bebera pengegaran pada sisi kanan dan kiri dan di belakang. “Bolehlah kita katakan reka bentuk badan kereta mempunyai aerodinamik yang baik kerana heretan pekali kereta amat rendah sekali iaitu 0.31,” kata Dr Rozli. Reka bentuk casis juga memerlukan kekuatan baik berdasakan kekangan kejuruteraan ia itu asas tayar dikehendaki, antara muka enjin dan matra pemandu. Keluli lembut yang memberi kekuatan 250 Mpa (Megapaskal), kekuatan tegangan muktamad sebanyak 400 Mpa dan kepadatan sebanyak 7.8 g/sm. Paksi kilas anter letak di sepanjang casis dan tempat tekanan kilasan bermula adalah dari depan casis kebahagian belakang casis. “Berdasarkan hasil ujian itu kita boleh putuskan bahawa keselamatan casis itu adalah tinggi memandangkan ketegangan maksim um dan kekuatan kilasan masih di bawah batas kekuatan dihasilkan,” kata Dr Rozli. Gran sebanyak RM25,000 diberikan oleh Perodua telah digunakan untuk membina badan CARevo, casis dan pemasangan komponen lain seperti sistem stereng dan brek. Selain kakitangan dan felo dari Jabatan Mekanik dan Bahan, kakitangan lain yang terlibat adalah daripada Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Kejuruteraan Proses, Kimia dan Kejuruteraan Proses dan Dr Che Aniza Che Wel dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. “Pusat Penyelidikan Automotif adalah penyelaras untuk tiga pertandingan yang melibatkan kami dalam usaha menghasilkan teknologi terkini. “Matlamat utama teknologi terbaharu ini sudah tentunya mencapai pengurangan penggunaan minyak. Hakiktanya semua syarikat pengeluar kereta mahu mendapatkan teknologi itu dalam usaha mengeluarkan kenderaan lebih efisien dan berdaya saing. Ketua kumpulan-penasihat CARevo, Ir Dr Zambri Harun memberitahu pelajar-pelajar begitu berminat untuk menyertai program berkenaan kerana ia amat sesuai dengan pengajian mereka. Kebanyakan daripada pelajar itu adalah dari tahun dua, tiga dan tahun akhir dengan kumpulan yang terlibat tahun lalu kini belajar di Universiti Duisburg-Essen di Jerman di bawah rancangan ijazah berganda UKM-UDE.

Monday, June 10, 2013

BILA BATERI KERETA KONG

Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus…jika warna hitam di tengah2…dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging…so kne charge la…. merah or putih sahaja…bateri kong sudah..tu kena ganti baru. Bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai…BOSCH, CENTURY…tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! saya ada kawan makenik keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts…dia yang bagi tahu ilmu kat saya camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateri yg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu korang kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap elok pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

Sunday, June 9, 2013

MILIK SIAPAKAH KERETA INI ?

Dapat rakaman gambar sebuah kereta Lexus model LS 250 warna kelabu nombor pendaftaran RA 515 tapi dirapatkan, sekali imbas boleh memberi makna RASIS, perkataan yang cukup dibenci oleh rakyat kini. Dari segi saiz dan susun abjad dan huruf plat pun sudah melanggari Akta Pengangkutan Jalan Raya. Pemilik kereta ini seolah-olah ingin memberitahu dunia yang beliau bersifat rasis.. mungkin saya khilaf, tetapi berasa hairan mengapa perlu tuan punya kereta ini merapatkan semua abjad dan huruf nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Wednesday, June 5, 2013

BERKAITAN KERETA, SEMUA ORANG PERLU HATI-HATI !

Hanya hiasan KUANTAN – Gara-gara cuai meninggalkan kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan, seorang lelaki, Abdul Rasol Mohd Tahir, 50 hampir mempertaruhkan nyawa isterinya yang lumpuh, Hamiah Abd Majid, 50-an dan seorang anaknya, Norafidah, 15 apabila kenderaan yang di parkir di hadapan sebuah pasar raya dilarikan penjenayah, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa meninggalkan isteri dan anaknya di dalam kereta serta masuk ke dalam pasar raya untuk menyelesaikan satu urusan. Bagaimanapun, kereta Honda Civic yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan itu dilarikan oleh seorang lelaki bersama isteri serta anak yang ditinggalkan di bahagian penumpang di belakang. Abdul Rasol berkata, sebaik sahaja keluar dari pasar raya, dia mendapati kenderaan berwarna putih miliknya sudah lesap. “Saya cuba menghubungi telefon bimbit anak perempuan saya tetapi tidak berjawab membuatkan saya risau. “Bimbang sesuatu tidak dingini berlaku, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya semasa membuat laporan polis di IPD Kuantan, di sini, semalam. Katanya, dia bernasib baik kerana penjenayah hanya melarikan kereta dan meninggalkan isteri serta anaknya di tepi jalan di Bukit Sekilau. “Lebih kurang jam 3.30 petang saya menerima satu panggilan daripada seorang perempuan Cina yang memaklumkan isteri dan anak saya berada di Bukit Sekilau. “Sebelum meninggalkan isteri dan anak saya di tepi jalan, penjenayah sempat menghulurkan wang sebanyak RM 50 kepada mereka berdua untuk digunakan sebagai tambang teksi. “Perempuan Cina itu menghantar isteri dan anak saya sebelum kami terus ke balai polis untuk membuat laporan. “Semua barangan di dalam kereta termasuk kunci rumah dan telefon milik anak turut dilarikan,” katanya. Sementara itu, Timbalan ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit. Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengesan suspek serta kereta terbabit. - See more at: http://beritahariann.blogspot.com/2013/06/akibat-tidak-kunci-kereta-anak-dan.html#sthash.HUJLwCs8.dpuf

BMW MOTO BARU !

BMW Motorrad has led the travel enduro class for over 30 years with the ‘BMW GS’ concept, and the latest addition to the range – the new BMW R 1200 GS – is now on sale here in two variants. Prices start at RM125,000 for the base Touring (on the road without insurance), while the Dynamic model with BMW LED headlight costs RM3,800 more. While it may look familiar, this is an all-new model with plenty of changes underneath. The signature GS ‘beak’ is now much larger, while the headlamp assembly, windshield and side fairings are all thoroughly updated. Also, it doesn’t take a Motorrad anorak to notice that the exhaust now sits on the right side of the bike. This is the first motorcycle in the world to offer full-LED headlight. Standard with the Dynamic Package, two LED units are housed within the typical GS dual headlight assembly, each for low and high beam. LED daytime running light is fitted to both variants, a first for a BMW GS. More significant is the wholly redesigned engine and suspension system. The BMW R 1200 GS now has a compact air/water cooling system and the 1.2 litre engine makes 125 hp at 7,700 rpm and 125 Nm of torque at 6,500 rpm, up from its predecessor’s 110 hp and 120 Nm. New ride-by-wire E-gas system improves controllability and response, and electronic cruise control is now standard. BMW 05 Other mechanical changes include a completely new gearbox that is now integrated in the engine housing to improve weight balance and save space and weight. A new multiple wet clutch system with an anti hopping mechanism also replaces the old single-disc dry clutch unit. Semi-active Dynamic ESA suspension makes an appearance in the R 1200 GS for the first time. It provides better sense of security and comfort on uneven and off road terrains by automatically adjusting the damping to suit riding conditions and manoeuvres, while also responding to the standard ABS feature should the need arise. There are now five different riding modes offered – Rain, Road, Dynamic, Enduro and Enduro Pro – each with its own E-gas, ABS and Automatic Stability Control (ASC) settings. Both front and rear tyres are now wider than before for improved traction, cornering and riding dynamics. Four colours (Alpine White, Racing Red, Blue Fire and Thunder Grey Metallic) are available for the new BMW R 1200 GS at all authorised BMW Motorrad dealerships nationwide.

Wednesday, May 29, 2013

CARA JAGA BREK KERETA !

Cara penjagaan sistem brek. 1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM. 2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum. 3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya. 4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah. 5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan. 6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek. 7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan. 8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ. 9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek. 10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda. 11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di putatan sabah, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

Tuesday, May 28, 2013

TIP BELI SPORT RIM?

7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Kebanyakan pengguna kereta yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang isu prestasi kereta, akan melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada peminat kereta. Tip Membeli Sport Rim Kereta Khususnya pada bahagian rim tayar. Terdapat sebahagian besar peminat kereta akan melakukan pengubahsuaian rim tayar terlebih dahulu, sebelum bahagian-bahagian kereta yang lain. Terdapat 2 kelebihan apabila kita menggunakan sport rim iaitu: Kenderaan selamat di jalan raya – Kereta yang menggunakan sport rim berada dalam keadaan lebih seimbang. Justeru itu, ia meningkatkan keyakinan pemandu untuk memandu dengan lebih laju. Mengurangkan risiko ketika di selekoh tajam – Tayar yang lebar dapat menyelamatkan kita ketika memandu pada selekoh yang tajam. Kes-kes kemalangan jalan raya biasanya berlaku pada selekoh tajam. Bagi yang berminat untuk pasang sport rim pada kereta, berikut adalah panduan untuk memilih sport rim kereta. 7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Pilih sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kerosakan pada badan kereta, dan juga merosakkan bunga tayar. Pilih sport rim yang ringan. Kerana sport rim yang berat akan mengurangkan daya pecutan kereta. Dalam masa sama, ia akan memberikan kesan terhadap penggunaan petrol yang berlebihan. Pilih corak sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Apabila tersilap pilih, ia akan mencacatkan rupa bentuk kereta kita secara keseluruhan. Dapatkan nasihat daripada pakar seperti pemilik kedai tayar sebelum membeli sport rim. Elakkan daripada membeli sport rim terpakai. Kerana dikhuatiri sudah mempunyai kerosakan seperti bengkok atau retak. Beli sport rim berjenama dan berkualiti tinggi seperti Volk TE37, JRD, Oz, dan sebagainya. Jangan beli sport rim jika tidak mampu – Jika kita kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengubahsuai rim kereta, elakkan daripada membeli terlebih dahulu. Ketujuh-tujuh tip di atas merupakan panduan yang boleh kita gunakan sebelum membeli sport rim kereta. Ia adalah himpunan daripada pelbagai sumber dan pengalaman pemilik kereta.