Wednesday, January 25, 2012

TIPS JAGA BATERI KERETA

Tips menjaga battery kereta

Ada kereta batterynya tahan 1 tahun, ada yang tidak sampai, tetapi ada yang pakai sampai 4 atau 5 tahun. sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan battery tidak tahan lama.

Untuk battery yang bukan maintaince free,
-sentiasa memerhatikan paras air bateri, kalau kurang tambah.

battery yang maintainance free,
-selepas jaminan, seperti 1 tahun atau 1/2 tahun, kadang-kadang kena check paras air bateri. MAINTAINANCE FREE TIDAK BERMAKSUD SEL KERING!! cuma airnya kurang mengejat.

tips umum~
-pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
-pastikan wire battery dalam keadaan baik
-Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
-check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
-kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.


Info berguna: jika hari ini hujan, besok cerah, cek paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang nyawa-nyawa ikan, akan rosak bateri dia.

Monday, January 16, 2012

WAk SEGAN 2012

Monday, January 16, 2012
Test Drive Jentera Volkswagen 2012 Memang Terbaiklah
4Share



Salam semua,

Hari Sabtu lepas 14hb sempat aku bersama-sama dengan blogger-blogger dari komuniti Nuffnang menguji kehebatan jentera dari Volkswagen ni.. Terima kasih Nuffnang atas jemputan Test Drive Volkswagen tu… Memang terbaiklah… tidak tergambar dek kata-kata ketika membawa jentera hebat ni..

Jom kita layan gambar sekitar sesi test drive bersama Volkswagen ni.

volkswagen blogger register

Seawal jam 11.00 pagi blogger dah mula mendaftar untuk menguji kenderaan pilihan masing-masing.. macam biasa pastinya aku nak test drive jentera Volkswagen Golf ni.. Niat asal nak Test Golf GTi.. tapi model tu takda dalam senarai.. so aku pilih Golf sahaja.

volkswagen Golf

Harga diatas jalan RM156,000.00 – Golf 1.4 TSI

volkswagen Golf 1 volkswagen Golf 2volkswagen Golf 3

Tengok dari luar sampai ke engine dah tahu jentera ni memang takkan mengecewakan pengendalinya… dan terbukti setelah dipandu uji memang terbaik..

volkswagen Golf 5 volkswagen Golf 6 volkswagen Golf 4

Sesuatu yang aku paling suka dengan model-model Volkswagen ni adalah penumpang tempat duduk belakang boleh menikmati penghawa dingin dari belakang.. so sentiasa dingin dalam kereta.

Ada banyak lagi model yang kita orang test drive, pada awalnya ingatkan setiap sorang boleh test drive satu kereta je.. tapi sebenarnya blogger boleh test drive lebih dari 1 model.. apa lagi lenjan jelahkan kereta-kereta power ni… hehehe … jom kita tengok model-model yang lain.

Ruangan bonet yang sederhana besar.. kalau orang bujang oklah sesuai pakai kereta ni.. dan untuk makluman korang model Volkswagen Polo GTi ni ada 2 jenis iaitu 3 pintu (harga atas jalan RM133,608.00) dan model 5 pintu (harga atas jalan RM136,608.00)

Sebelum balik mamat ni bisik dekat telinga aku katanya macam dia nak tempah hujung bulan ni.. senang nak suruh wife dia gi mengajar katanya.. hehehe

So macam mana dah berkenan atau terpikat dengan model-model volkswagen ni.. apa lagi gilah hantar wang pendahuluan dekat cawangan-cawangan yang berdekatan ye.. hehehe.. untuk sebarang maklumat lanjut layari sahaja website Volkswagen Malaysia.

Oklah sebagai penutup terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang & Volkswagen atas kesudian menjemput kami semua untuk sesi pandu uji bersama blogger-blogger ni..

Apa pon Volkswagen memang TERBAIK!