Tuesday, October 16, 2012

INJIN PANAS ('ENGINE OVERHEAT?')

pernah dengar kan tentang Engine Kereta Overheat? or mengalami kepanasan melampau? or situasi dimana temperature gauge di meter kenderaan anda mencapai maksimum level? atau mungkin engine kereta tiba-tiba berasap?? dan lampu 'check light' tiba-tiba On.. Engine overheating ni terjadi bila mana enjin mencapai satu tahap suhu tinggi atau lebih dari normal operation temperature. macam kita manusia la, bila suhu badan tinggi kita akan demam. haa, camtu lah jugak dengan enjin kereta. Sangat penting tau untuk kita tahu hal ni, sebab bila kita tak peka, or ambil mudah je.. dia punya komplikasi atau akibat tu sangat hebat.. Saya bercakap based on my experience- i meant bukan terjadi kat saya, tapi it happended to my customer. sangat kesian bila mana terpaksa menanggung kos yang agak tinggi sebab kena buat overhaul engine & lebih teruk bila bukak-bukak enjin & check cylinder head kereta dia dah bengkok. nak skim pun foundry tak berani buat. and the result maybe terpaksa tukar head baru.. harga? hahaa, tak payah cakap la kan. spare part sahaja mau makan 4-5K tu original part la. luar punya parts, or kedai potong ke jangan cerita kat sini. Yang paling saya kesian, my customer tu seorang ibu tunggal. maknanya driver adalah seorang perempuan.. Sorry to say, mostly kebanyakan wanita jarang menitik beratkan tentang kenderaan. yang ktia tahu hanyalah memandu. minyak enjin cukup ke, air battery kurang ke, angin tayar ikut spec ke tak, ramai yang tak pernah kisah tentang semua ni. It also happened to me.. sebab saya sendiri walaupun saya belajar automotif, saya bekerja dalam bidang ni as a advisor, tapi kereta saya sendiri pun saya masih mengharapkan my abah lagi untuk tengok. untuk kereta sendiri pun saya tak pernah amik berat secara detail sangat. tapi, atleast bila kita tahu apa yang patut kita buat, tak perlulah setiap masa kita mengharapkan orang lain kan. Nampak benda ni macam remeh, simple or ada orang cakap dengan saya (alah, bercakap memang mudah. cer buat). haa, betul bercakap memang mudah. tapi bila kita biasakan diri untuk buat, check apa yang patut especially sebelum memulakan perjalanan jauh atleast kita boleh elakkan something bad happen. U all get what I mean?? Harap-harapnya..
engine check lamp/ warning light 'ON' Okey, engine overheat ni boleh terjadi disebabkan banyak hal/ punca..Antara komponen atau parts yang terlibat dalam sistem penyejukan ni adalah : * Radiator *Water Pump *Fan motor atau kipas *Thermostat *Water jacket (ada lagi yang tertinggal ni. tolong tambahkan mana-mana yang saya missed ye) Part paling penting biasanya Radiator. kena sentiasa pastikan air cukup, spare tank ok. coolant level ok.. Coolant bertindak sebagai bahan penyejuk untuk enjin kenderaan. Radiator make sure tak ada kesan bocor. dan yang penting pastikan radiator cap tu dalam keadaan baik. sebab vacuum valve yang kat penutup tu kalau dalam keadaan tak elok pun sedikit sebanyak akan menyumbang kepada masalah ni. Nampak benda remeh je, tapi kesannya?? Haa, hose-hose pun berkait jugak. yang mana-mana agak-agak dah keras pun kena tukar jugak la. effect jugak tu for long term. yang ni kena tukar kat bengkel la, kang tak terlarat nak tukar sendiri =) Fan Motor atau kipas yang berpusing. Ada kes terjadinya enjin mengalami kepanasan melampau bila mana puncanya dari kipas yang tidak berfungsi. ada terjadi ketuk-ketuk baru jalan. tu maknanya kipas tu mintak ditukar baru la. Motor fan dah hujung nyawa agaknya. antara simptom yang kita boleh kesan ialah bila acond mula terasa tak sejuk. haaa, tu ada tanda-tanda fan motor tak berjalan dengan baik la. (ada jugak faktor lain bila acond tak sejuk-maybe compressor, magnetic clutch atau sebab-sebab lain. tu kita bincang kemudian ya). Okey, bila dah jadi camni, biasanya Temperature Gauge mungkin boleh naik. yang ni kita kena alert. sungguh, kena selalu peka bila tengah driving tu pastikan temperature level dekat tengah-tengah. tak boleh low & tak boleh high. kalau temperature kat bawah je takut ada masalah lain bila mana enjin tak capai normal operating temperature, tak capai suhu yang optimal. Nanti akan efek pada kita punya kesan pemanduan la. enjin tak sempurna.. Kalau high sangat pun dah tentu-tentu tak boleh. haa, jangan sesekali drive bila engine dah capai suhu tertinggi. sebab ia kan beri kesan yang sangat teruk pada engine. ada meter yang camni
pastikan jarum berada di tengah-tengah (normal)
Kalau terjadi macamni, jangan panik.. berhenti tepi jalan, biarkan enjin sejuk seketika (1-2jam jugak la).. check water level *please jangan bukan radiator masa enjin panas okey-sangat bahaya* kalau susah sangat tak tahu nak buat apa, call je your road assist 24x7 punya.. panggil tol truck datang tow korang punya kereta ke bengkel yang berhampiran. Jangan ambil tak kisah sebab nanti tak pasal-pasal RM tu melayang-layang je.. bukan sikit okey bila enjin terpaksa di'overhaul'kan.. Okey, lain-lain nanti insyaAllah akan dibincang lagi. Saya mengharapkan atleast setiap minggu satu perkara tentang kenderaan kita dapat saya kongsikan dekat sini. Harap semua boleh faham & ianya bermanfaat kepada orang lain. Maaf kalau ayat tunggang-langgang sebab saya menulis ikut apa yang ada dalam kepala ni. Saya memilih bahasa & ayat yang santai supaya mudah untuk difahami.. Entri ni terhasil ketika saya terjaga jam 3pagi ni untuk menulis.. Terima kasih semua.. ~Semoga perjalanan kita selamat pergi & selamat pulang..

PORSCHE YANG BELUM DIJUMPAI !

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini dilarikan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut. "Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan. Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - BERNAMA