Sunday, July 29, 2012
DI MAJLIS SUMBANGAN YANG MEMERLUKAN DI BULAN RAMADAN
Bersama Pengerusi Surau Saidina Ali dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Yang Memerlukan sekitar 4 surau setiap bulan .Surau terlibat ialah Suarau Al-Muttaqin, Surau Hayatul Islam, Surau Al-Amien dan Surau Saidina Ali sendiri kebetulan sebagai tuan rumah.
Bersama Rohazat pemuda yang aktif dan agresif dalam membantu masyarakat.
Tuesday, July 24, 2012
UJIAN NISSAN ALMERA/SUNNY DI BUKIT BERUNTUNG
VIDEO: Nissan Almera/Sunny testing in Bkt Beruntung
http://paultan.org/2012/07/24/video-nissan-almerasunny-testing-in-bkt-beruntung/
Monday, July 23, 2012
BILA KANCIL TAK SIHAT
Kancil Cik Senyum tak sihat
Sejak bulan lepas, Kancil Cik Senyum tak berapa sihat. 2 minggu lepas masa Ck Senyum tengah bawa, tiba2 gear 2,3, dan 5 kosong. Panik sekejap Cik Senyum. Terus telefon mekanik . Dia suruh bawa slow2 pergi tempat dia.Cik Senyum pun bawalah Kancil dengan berhati2. Bila sampai simpang nak belok kanan, Cik Senyum lagilah berhai2. Mekanik tu cakap kabel gear dah tak OK dan tukar. kosnya RM 80.00
2 hari lepas pulak, gear 1 dan 2 tak boleh masuk. Tukar kabel lagi, kosnya Rm 70.00. Mekanik tu cakap gear tu dah beralih. Mungkin juga sbb Cik Senyum dapat rasa gigi gear tu dah tak ngam lah. Sori ya kalau bahasa Cik Senyum describe part2 kereta ni kelakar. Mekanik tu cakap dah sampai masa tukar gear box. Kosnya mungkin antara RM 500 - 1000.
Walaupun dah tukar kabel, hari ni gear 1 dan 2 tak boleh masuk juga. Terpaksalah Cik Senyum guna gear 3,4,5 dan R shj. bahaya juga sebab di simpang Cik Senyum kena balance kan gear 3. kalau enjin termati masa lintas jalan kan bahaya. Alhamdulillah, Cik Senyum selamat sampai di rumah.
Risau sungguh Cik Senyum. nak bawa kereta satu lagi tak mahir sebab auto dan bodynya panjang. takut tak boleh control . Nak parking pun susah nanti. Cik senyum tak maulah jadi macam org kat video youtube tu yang nak parking sampai berjam-jam. Tapi kalau dah terpaksa....
Dalam masa yang sama Cik Senyum dah minta tolong En Suami carikan gear box untuk Kancil. Kalau nak tahu, Cik senyum sayang sangat kat Kancil tu. Ada sentimental value. Ansuran pun dah habis bayar.Tinggal mantain je.
Apa-apa pun, lepas ni Insya Allah Cik Senyum akan ambil tahu pasal body part kereta dan masalah2 nya untuk kemudahan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Juga untuk mengelakkan Cik senyum kena tipu hidup2.
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 19, 2012
Tuesday, July 17, 2012
KERETA TERBANG 8 MINIT
DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu.
Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat.
Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.
Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition.
Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.
Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).
Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.
Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.
Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. - Agensi
Sumber : Kosmo
Monday, July 9, 2012
PERBANDINGAN KELAJUAN F1 dan GT
Perbandingan Kelajuan Kereta F1 dan GT [Video]
Kalau kita melihat acara kejuaraan F1 mahupun GT di televisyen, kita pasti setuju dua kereta ini sama-sama cepat, tapi apakah mereka memiliki kecepatan yang sama? Tentu tidak, F1 secara teknik jelas lebih cepat, tapi kita mungkin selama ini tidak menyedari betapa jauh perbezaan kecepatan antara keduanya setelah melihat Video berikut ini.
Read more: http://www.borakkosong.com/2011/08/perbandingan-kelajuan-kereta-f1-dan-gt.html#ixzz207KyDbHf
Subscribe to:
Posts (Atom)





