Monday, October 15, 2012
Thursday, October 11, 2012
Monday, September 17, 2012
PANGGILAN HONDA 2006 - 2008
Honda pun dah mula panggil balik kereta-kereta keluarannya dari tahun 2006-2008. Kereta yang terlibat dalam panggilan kereta honda balik adalah kereta model honda city, honda civic dan honda jazz. Honda dalam kenyataannya mengatakan punca kereta honda ini di panggil balik adalah untuk pemeriksaan lanjut mengenai kebocoran minyak pada bahagian hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.
Lokasi pemeriksaan kereta honda yang terlibat boleh di buat pada pemeriksaan HONDA servis yang bertauliah dan yang di benarkan. Para pemilik kereta honda yang terlibat mesti memeriksa dahulu samada kedai penyelenggaran tersebut mendapat kelulusan dan kebenaran dari HONDA. Kos pemeriksaan atau kos gantian atau kos buruh adalah di tanggung oleh honda. Jadi pemeriksaan dan pembaikian adalah percuma.
Oleh kerana ia melibatkan 40,000 kereta honda yang terlibat, adalah di nasihatkan supaya membuat temujanji atau memeriksa dahulu kekosongan atau 'availability' untuk menghantar kereta tersebut supaya tempoh menunggu tidak lama.
Tak sangka jugak kereta honda ini di panggil balik untuk pemeriksaan. Cuba kalau ia melibatkan kereta keluaran proton, pasti semua orang akan kutuk kualiti kereta proton kita. Jadi sekiranya kereta HONDA atau TOYOTA yang di kenali dengan kualitinya dan pengalaman mereka dalam industri kereta ini pun mengalami masalah, jadi apa nak di kisahnya kalau PROTON pun suatu hari nanti akan memanggil balik kereta keluaran model mereka jugak. Hehehe
Berikut adalah kenyataan media oleh wakil HONDA. Di petik dari sini:
KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.
“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.
Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit.
“Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro.
Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.
Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. – BERNAMA
Monday, September 10, 2012
FORD BERTEKNOLOGI BARU
Sewaktu acara “Go Further” yang diadakan di Amsterdam pada minggu lepas, Ford telah melancarkan generasi terbaru di bawah jenama Tourneo, sebuah model pintar dan bergaya Tourneo Connect.
Dengan pelancaran itu secara rasminya ‘The all-new Tourneo Connect’ telah menyertai barisan kenderaan penumpang Ford sebagai sebuah kenderaan keluarga yang menawarkan ruang cemerlang dan serba boleh dalam sebuah pakej baru yang bergaya.
high income
Boleh didapati dalam dua pilihan model yang berkebolehan – Tourneo Connect lima tempat duduk dan Grand Tourneo Connect tujuh tempat duduk – kenderaan terbaru itu menawarkan pelbagai ciri praktikal sama ada untuk keluarga mahu pun untuk kegunaan profesional.
Tourneo Connect menetapkan tahap ekonomi terbaik di dalam kelasnya dengan menawarkan enjin diesel dan petrol yang dikecilkan saiznya dan ciri-ciri teknologi Ford ECOnetic.
Model berkenaan bakal dijual di pasaran Eropah, dan di pasaran Amerika Utara di mana ia akan dikenali dengan nama Transit Connect Wagon, pada 2013. Tourneo Custom dengan tempat duduk lapan atau sembilan sedang dijual sekarang ini.
Thursday, September 6, 2012
KERETA LETRIK DAH DICIPTA TAHUN 1906?
SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS). Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya.
Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940. Bagaimanapun, hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di Australia.
Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam. Bateri kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer.
Monday, August 27, 2012
6 SEBAB JAHANAM ?
Enam penyebab kemalangan
[HM] BERDASARKAN statistik sebelum ini, jumlah kemalangan jalan raya meningkat pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.
Ketika Aidilfitri, kesibukan lalu lintas memang luar biasa kerana masing-masing mahu pulang beraya di kampung halaman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta mengurangkan kemalangan jalan raya.
Justeru, bagi mengelak kemalangan di jalan raya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna dan memandu mengikut peraturan, bukan perasaan. Minta nasihat mekanik kereta yang berpengalaman dan ganti alat baru jika ia tidak berfungsi.
Seorang pemandu yang berhemat sentiasa menentukan kenderaannya dalam keadaan baik bagi memastikan keselamatan diri, penumpang serta pengguna jalan raya lain.
Perkara asas perlu diberi perhatian ialah brek, minyak brek, lampu brek dan isyarat, minyak klac, air radiator, bunga tayar dan tekanan angin, lampu utama, pengilap cermin, hon, ekzos dan tali pinggang keselamatan.
Selain itu, pastikan lesen memandu, cukai jalan dan insurans masih boleh digunakan.
Pemandu juga dinasihatkan merancang laluan dan peruntukan masa untuk perjalanan. Ada enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan, iaitu kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan, lalu lintas dan jalan raya.
Jika peralatan kenderaan tidak memuaskan ia akan menjejaskan sistem pemanduan anda. Pemandu juga perlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok penjagaan kereta.
Laporan pasukan penunda mendapati kebanyakan kereta yang terhenti ketika dalam perjalanan tidak mengalami kerosakan serius sebaliknya hanya ada masalah bateri kereta lemah dan tiada minyak. Justeru, bawa beberapa alat ganti yang mudah dan peralatan mekanik di dalam kereta kerana masalah boleh berlaku bila-bila masa.
INFO:
Garis panduan pemanduan berhemah:
Baca Seterusnya: http://meeudangpenang.blogspot.com/#ixzz24oqqKXRf
Wednesday, August 8, 2012
FIAT GADAFI?
Kereta 'Kancil' Ghadaffi Yang Berharga 200 000 pound
Ia digerakkan dengan motor elektrik bateri lithiumion yang mampu menghasilkan 46hp. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 160 km/jam dan dapat bertahan sejauh 260 km sehingga baterinya terpaksa dicas semula.
Dengan harga 200.000 euro, ia dilengkapi satu sistem bateri yang mampu dicas hanya selama 10 minit.
Ghadaffi yang begitu rapat dengan Fiat dikatakan pernah membeli saham Fiat sejak 1976 melalui syarikat BUMN Libya, Libyan Arab Foreign Investment Company (Lafico) yang dikawal Ghadaffi. Lafico membeli 10% saham Fiat bernilai US$ 415 juta dan pada 1986, Lafico menambah sahamnya menjadi 15%.
Kini, kereta Fiat 500 Ghadaffi telah mendapat ’pemilik’ baru, setelah dijarah penentang dengan menghancurkan garaj khusus miliknya di Al-Aziziya, Tripoli.
Ghadaffi juga mencipta kereta terselamat bagi dirinya dengan nama The Saroukh el-Jamahiriya (Roket Libya). Ini kerana kereta tersebut dicipta menyerupai roket.
Subscribe to:
Posts (Atom)




