Wednesday, November 28, 2012
TIP PILIH TAYAR KERETA !
Pemilihan tayar akan memberi kesan terhadap beberapa aspek. Antaranya adalah:
Penggunaan minyak akibat daripada geseran yang berlaku.
Keselesaan dan kelancaran kereta dalam iklan tertentu sesebuah negara.
Kadar pecutan kereta.
Justeru itu, kami ingin berkongsi dengan para pembaca tentang cara untuk memilih tayar kereta yang sesuai dengan kenderaan yang kita pakai hari ini. Ia hanya mengambil masa 10 saat untuk mendalami ilmu tentang tayar kereta.
Bagaimana Memilih Jenis Tayar Kereta?
Berikut adalah maklumat yang boleh kita hadam mengenai tip memilih tayar kereta yang sesuai:
Pilih saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan saiz kereta.
Pilih tayar kereta yang sesuai dengan saiz rim kereta kita dari sudut kelebaran dan ketebalan.
Pilih tayar mengikut iklim tempatan.
Pilih set tayar dari jenama yang sama.
Pilih jenama tayar yang berkualiti seperti Continental, Michelin, Goodyear, Bridgestone, Falken, Dunlop dan pelbagai lagi.
Kelima-lima tip ringkas ini sudah memberikan kita kelebihan untuk menjaga jangka hayat tayar kereta kita, untuk jangka masa yang panjang.
Sunday, November 25, 2012
KHURAFAT PADA KERETA?
KUALA LUMPUR: “Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan,” kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat.
Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing.
Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta. Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan.
Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka. Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007.
Menurut Mohd Zawawi, meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga.
“Jika pemandu melakukannya juga dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.
“Ini kerana, patung itu dipercayai mampu membantu untuk menghalau roh dan mengelak nahas jalan raya. Tindakan ini hukumnya berdosa besar berikutan meminta pertolongan selain Allah,” katanya.
Katanya lagi, pemandu beragama Islam tidak sewajarnya meniru perbuatan terbabit kerana ia sebahagian kepercayaan orang kafir yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini walaupun ia dianggap aksesori terbaru kenderaan.
“Belum ada kajian membuktikan bahawa kemalangan berpunca daripada gangguan makhluk halus, sebaliknya ia berlaku disebabkan tindakan makhluk kasar iaitu pemandu yang hilang pertimbangan dan tidak menghormati undang-undang jalan raya.
“Dalam Islam, ada cara untuk kita mengelak gangguan dan supaya perjalanan selamat dengan berdoa sebelum dan selepas memandu, berikhtiar serta berserah kepada Allah,” katanya.
Beliau berkata, pemandu yang terlanjur menggantung anak patung dinasihatkan segera meninggalkan perbuatan berkenaan dan wajib bertaubat serta memohon ampun kepada Allah atas kejahilan itu.-hm
Thursday, November 22, 2012
MERC SUV?
Mercedes-Benz has started assembling the M-Class SUV in Indonesia at its Wanaherang, Bogor plant in West Java. The German carmaker has spent between 20 to 30 million euros in the past two years to modernise its assembly plant, Jakarta Globe reports.
“This is a perfect year for the growth of Mercedes-Benz in Indonesia. After introducing the ML 350 4MATIC in June, we decided to assemble the M-Class series with a perfect detail and quality,” said Claus Weidner, president director of Mercedes-Benz Indonesia.
“The model is locally assembled which proves that Indonesia is a potential market for Mercedes-Benz. It also reflects the strength of Indonesian talents who are able to assemble with high precision and discipline. Our decision indicates that the investment climate in Indonesia is conducive to the growth of our business,” Weidner added.
The ML 350 4MATIC assembled in Indonesia is the same variant of the third-gen W166 that’s sold in Malaysia. Launched here in July, the SUV is powered by a 3.5 litre V6 engine with 306 hp and 370 Nm. It is priced at RM570,888. With this development, will we get a cheaper Asean-made ML?
http://paultan.org/2012/11/23/mercedes-benz-assembles-m-class-suv-in-indonesia/
Wednesday, October 24, 2012
Tuesday, October 16, 2012
INJIN PANAS ('ENGINE OVERHEAT?')
pernah dengar kan tentang Engine Kereta Overheat? or mengalami kepanasan melampau? or situasi dimana temperature gauge di meter kenderaan anda mencapai maksimum level? atau mungkin engine kereta tiba-tiba berasap?? dan lampu 'check light' tiba-tiba On..
Engine overheating ni terjadi bila mana enjin mencapai satu tahap suhu tinggi atau lebih dari normal operation temperature. macam kita manusia la, bila suhu badan tinggi kita akan demam. haa, camtu lah jugak dengan enjin kereta. Sangat penting tau untuk kita tahu hal ni, sebab bila kita tak peka, or ambil mudah je.. dia punya komplikasi atau akibat tu sangat hebat..
Saya bercakap based on my experience- i meant bukan terjadi kat saya, tapi it happended to my customer. sangat kesian bila mana terpaksa menanggung kos yang agak tinggi sebab kena buat overhaul engine & lebih teruk bila bukak-bukak enjin & check cylinder head kereta dia dah bengkok. nak skim pun foundry tak berani buat. and the result maybe terpaksa tukar head baru.. harga? hahaa, tak payah cakap la kan. spare part sahaja mau makan 4-5K tu original part la. luar punya parts, or kedai potong ke jangan cerita kat sini. Yang paling saya kesian, my customer tu seorang ibu tunggal. maknanya driver adalah seorang perempuan..
Sorry to say, mostly kebanyakan wanita jarang menitik beratkan tentang kenderaan. yang ktia tahu hanyalah memandu. minyak enjin cukup ke, air battery kurang ke, angin tayar ikut spec ke tak, ramai yang tak pernah kisah tentang semua ni. It also happened to me.. sebab saya sendiri walaupun saya belajar automotif, saya bekerja dalam bidang ni as a advisor, tapi kereta saya sendiri pun saya masih mengharapkan my abah lagi untuk tengok. untuk kereta sendiri pun saya tak pernah amik berat secara detail sangat. tapi, atleast bila kita tahu apa yang patut kita buat, tak perlulah setiap masa kita mengharapkan orang lain kan.
Nampak benda ni macam remeh, simple or ada orang cakap dengan saya (alah, bercakap memang mudah. cer buat). haa, betul bercakap memang mudah. tapi bila kita biasakan diri untuk buat, check apa yang patut especially sebelum memulakan perjalanan jauh atleast kita boleh elakkan something bad happen. U all get what I mean?? Harap-harapnya..
engine check lamp/ warning light 'ON'
Okey, engine overheat ni boleh terjadi disebabkan banyak hal/ punca..Antara komponen atau parts yang terlibat dalam sistem penyejukan ni adalah :
* Radiator
*Water Pump
*Fan motor atau kipas
*Thermostat
*Water jacket
(ada lagi yang tertinggal ni. tolong tambahkan mana-mana yang saya missed ye)
Part paling penting biasanya Radiator. kena sentiasa pastikan air cukup, spare tank ok. coolant level ok.. Coolant bertindak sebagai bahan penyejuk untuk enjin kenderaan. Radiator make sure tak ada kesan bocor. dan yang penting pastikan radiator cap tu dalam keadaan baik. sebab vacuum valve yang kat penutup tu kalau dalam keadaan tak elok pun sedikit sebanyak akan menyumbang kepada masalah ni. Nampak benda remeh je, tapi kesannya?? Haa, hose-hose pun berkait jugak. yang mana-mana agak-agak dah keras pun kena tukar jugak la. effect jugak tu for long term. yang ni kena tukar kat bengkel la, kang tak terlarat nak tukar sendiri =)
Fan Motor atau kipas yang berpusing. Ada kes terjadinya enjin mengalami kepanasan melampau bila mana puncanya dari kipas yang tidak berfungsi. ada terjadi ketuk-ketuk baru jalan. tu maknanya kipas tu mintak ditukar baru la. Motor fan dah hujung nyawa agaknya. antara simptom yang kita boleh kesan ialah bila acond mula terasa tak sejuk. haaa, tu ada tanda-tanda fan motor tak berjalan dengan baik la. (ada jugak faktor lain bila acond tak sejuk-maybe compressor, magnetic clutch atau sebab-sebab lain. tu kita bincang kemudian ya).
Okey, bila dah jadi camni, biasanya Temperature Gauge mungkin boleh naik. yang ni kita kena alert. sungguh, kena selalu peka bila tengah driving tu pastikan temperature level dekat tengah-tengah. tak boleh low & tak boleh high. kalau temperature kat bawah je takut ada masalah lain bila mana enjin tak capai normal operating temperature, tak capai suhu yang optimal. Nanti akan efek pada kita punya kesan pemanduan la. enjin tak sempurna.. Kalau high sangat pun dah tentu-tentu tak boleh. haa, jangan sesekali drive bila engine dah capai suhu tertinggi. sebab ia kan beri kesan yang sangat teruk pada engine.
ada meter yang camni
pastikan jarum berada di tengah-tengah (normal)
Kalau terjadi macamni, jangan panik.. berhenti tepi jalan, biarkan enjin sejuk seketika (1-2jam jugak la).. check water level *please jangan bukan radiator masa enjin panas okey-sangat bahaya* kalau susah sangat tak tahu nak buat apa, call je your road assist 24x7 punya.. panggil tol truck datang tow korang punya kereta ke bengkel yang berhampiran. Jangan ambil tak kisah sebab nanti tak pasal-pasal RM tu melayang-layang je.. bukan sikit okey bila enjin terpaksa di'overhaul'kan..
Okey, lain-lain nanti insyaAllah akan dibincang lagi. Saya mengharapkan atleast setiap minggu satu perkara tentang kenderaan kita dapat saya kongsikan dekat sini. Harap semua boleh faham & ianya bermanfaat kepada orang lain. Maaf kalau ayat tunggang-langgang sebab saya menulis ikut apa yang ada dalam kepala ni. Saya memilih bahasa & ayat yang santai supaya mudah untuk difahami.. Entri ni terhasil ketika saya terjaga jam 3pagi ni untuk menulis.. Terima kasih semua..
~Semoga perjalanan kita selamat pergi & selamat pulang..
PORSCHE YANG BELUM DIJUMPAI !
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini dilarikan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.
Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)







