Monday, May 28, 2012

HEBAT KERETA DUAALAM !

Sesuai untuk kawasan banjir
Setiap tahun banjir besar melanda pantai timur dan utara Malaysia. Akibatnya kehidupan seharia terganggu kerana kenderaan harian yang digunakan tak boleh meredah banjir. Di Kuala Lumpur juga sama. Kesesakan berlaku kerana jalan banjir. Ini mengakibatkan RRRAAGEE dan FFFUU yang melampau. Apakah kenderaan yang anda rasakan seharusnya dimiliki mereka yang harus berdepan dengan masalah banjir?
Bagi aku Scamander ialah jawapan yang kita nanti-nantikan. Kenderaan amfibia dua alam alam ini adalah rekaan Peter Wheeler. Beliau dahulunya pemilik syarikat kereta lumba TVR. Selepas menjual syarikat TVR kepada Nikolai Smolenski pada tahun 2005, Peter mula membangunkan projek Scamander. Scamander kerana pada pendapat beliau kereta yang terjual diluar sana tidak dibina untuk orang seperti beliau. Peter mahukan sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk beliau offroading, memancing dan memandu secara laju di litar. Scamander ialah sebuah RRV (Rapid Response Vehicle) yang pada hemat beliau mampu melakukan kesemua aktiviti diatas. Untuk versi awal Scamander menggunakan enjin V8 4.6 liter. Untuk produksi penuh Peter mahu meletakkan sebuah enjin diesel dari sebuah kapal terbang bagi memberikan lebih kuasa untuk Scamander. Scary stuff.
Bagi aku Scamander ialah sebuah kenderaan yang nampak unik dan ganas. Sekali lihat nampak macam sebuah kenderaan dari filem fikyen sains.

No comments:

Post a Comment