Thursday, July 5, 2012

TUGAS MEKANIK DAN JURUTEKNIK AUTOMATIF

Tugas seorang juruteknik dan mekanik Automotif Para pemandu yang pernah mengalami kerosakan kereta atau lori sangat memahami betapa pentingnya tugas sebagai juruteknik dan mekanik automotif. Kebolehan mendiagnos punca kerosakan dengan pantas dan tepat merupakan kemahiran yang sangat penting kepada seorang juruteknik dan mekanik automotif. Kemahiran yang sangat berharga ini memerlukan kemahiran menaakul dan pengetahuan yang mendalam tentang kenderaan bermotor. Apabila kerosakan mekanikal atau elektrikal berlaku, juruteknik akan cuba mendapatkan keterangan mengenai petanda-petanda mengenai kerosakan tersebut daripada tuan punya kenderaan. Untuk menentukan kerosakan juruteknik dan mekanik akan menggunakan pendekatan mendiagnos. Langkah pertama, mereka akan memastikan bahagian dan system dalam keadaan baik dan selamat, dan cuba mencerakinkan bahagian atau system secara logiknya menjadi punca kerosakan. Juruteknik atau mekanik akan memandu uji kenderaan tersebut atau menggunakan peralatan pengujian seperti alat pemampat atau komputer untuk menentukan punca kerosakan. Semua ujian ini akan menentukan bahagian atau peralatan masih boleh diperbaiki ataupun perlu ditukar supaya kenderaan tersebut dapat digunakan semula. 2.0 Jenis-jenis kerjaya dalam bidang automotif. 2.1 Juruteknik automotif Tugas seorang juruteknik automotif ialah untuk mendiagnos. Membaiki dan menservis. Dia berkebolehan menentu mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada enjin kenderaan bermotor 2.2. Mekanik automotif Secara amnya, tugas seorang Mekanik automotif adalah berkaitan dengan pemeriksaan dan pemerhatian keseluruhan enjin dan membuat pengubahsuaian yang perlu pada bahagian alat-alat enjin yang rosak serta mengesyorkan kepada pelanggan tentang jangka hayat dan ketahanannya. Seseorang Mekanik Automotif mestilah berketrampilan di dalam bidang:- a. Menservis pada kenderaan bermotor b. Menservis system karburetor, system bahanapi disel dan system elektrikal kenderaan bermotor c. Membaikpulih enjin, melakukan “top-overhaul”, menservis sistem penyejukan dan pelinciran enjin. d. Membaikpulih “drive-train”, pemeriksaan system transmisi dan gandar belakang. e. membaikpulih sistem brek, system pemanduan dan sistem penggantungan serta penyerap hentak 2.3. Juruelektrik automotif Tugas seorang mekanik adalah berkaitan dengan sistem pendawaian dan penyalaan pada kenderaan bermotor seperti motor penghidup, alternator dan bateri. Di samping itu, Juruelektrik automotif juga membaiki lampu dan kerosakan pada aksesori elektrikal seperti meter, system penyejukan enjin dan pengudaraan enjin dan sistem kunci berpusat, 2.4 Juruteknik penyaman udara automotif Tugas seorang juruteknik penyaman udara untuk mendiagnos, membaiki dan menservis sistem penyaman udara. Dia berkebolehan menentu, mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada system penyaman udara kenderaan bermotor

No comments:

Post a Comment

Post a Comment