Monday, January 14, 2013

BILA TIMING BELT PUTUS !

Timing Belt Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira. Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti. Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Saya ada cerita secara lanjut di sini. Jadi pastikan ada tukar timing belt tepat pada masanya. Berikut adalah gambar timing belt yang terletak di luar enjin:

1 comment:

  1. assalamualaikum..saya ingin bertanya tuan,berapakah kos akan ditanggung jika timing belt campro satria neo 1,3 auto terputus semasa pemanduan.

    ReplyDelete