Tuesday, May 28, 2013

TIP BELI SPORT RIM?

7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Kebanyakan pengguna kereta yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang isu prestasi kereta, akan melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada peminat kereta. Tip Membeli Sport Rim Kereta Khususnya pada bahagian rim tayar. Terdapat sebahagian besar peminat kereta akan melakukan pengubahsuaian rim tayar terlebih dahulu, sebelum bahagian-bahagian kereta yang lain. Terdapat 2 kelebihan apabila kita menggunakan sport rim iaitu: Kenderaan selamat di jalan raya – Kereta yang menggunakan sport rim berada dalam keadaan lebih seimbang. Justeru itu, ia meningkatkan keyakinan pemandu untuk memandu dengan lebih laju. Mengurangkan risiko ketika di selekoh tajam – Tayar yang lebar dapat menyelamatkan kita ketika memandu pada selekoh yang tajam. Kes-kes kemalangan jalan raya biasanya berlaku pada selekoh tajam. Bagi yang berminat untuk pasang sport rim pada kereta, berikut adalah panduan untuk memilih sport rim kereta. 7 Tip Memilih Sport Rim Kereta Pilih sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kerosakan pada badan kereta, dan juga merosakkan bunga tayar. Pilih sport rim yang ringan. Kerana sport rim yang berat akan mengurangkan daya pecutan kereta. Dalam masa sama, ia akan memberikan kesan terhadap penggunaan petrol yang berlebihan. Pilih corak sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Apabila tersilap pilih, ia akan mencacatkan rupa bentuk kereta kita secara keseluruhan. Dapatkan nasihat daripada pakar seperti pemilik kedai tayar sebelum membeli sport rim. Elakkan daripada membeli sport rim terpakai. Kerana dikhuatiri sudah mempunyai kerosakan seperti bengkok atau retak. Beli sport rim berjenama dan berkualiti tinggi seperti Volk TE37, JRD, Oz, dan sebagainya. Jangan beli sport rim jika tidak mampu – Jika kita kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengubahsuai rim kereta, elakkan daripada membeli terlebih dahulu. Ketujuh-tujuh tip di atas merupakan panduan yang boleh kita gunakan sebelum membeli sport rim kereta. Ia adalah himpunan daripada pelbagai sumber dan pengalaman pemilik kereta.

No comments:

Post a Comment