Wednesday, July 3, 2013

TIP KALAU NAK SERVIS KERETA

Pasal servis kereta,ramai orang tahu kalau servis keta je kena ganti minyak hitam dan oil filter dan yang mana pandai skit tu hantar jer kat bengkel kereta suruh servis,memang betul pun tapi kita sebagai pengguna nak kena tahu juga serba sedikit pasal servis nie,Nak tau apa sebabnya ialah bila kita tak tau langsung selalunya mekanik cuma tukar minyak hitam,oil filter dan plug tapi yang sebenar-benarnya servis ialah tukar tiga parts tersebut ditambah dengan senarai dibawah dan pastikan semua yang 10 perkara ini mekanik dah periksa:- 1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup 2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh 3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar 4) periksa belting dan bearing supaya tau mane yang dah bunyi dan haus 5) periksa 'air filter'sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput 6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal 7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak 8) periksa segala minyak yang berkaitan seperti minyak brek,minyak clutch dan minyak gear 9) Periksa kabel plug samada masih boleh digunakan supaya enjin tak dipacu kurang kuasa api 10) Periksa semua hose mana tau ade yang bocor lebih2 lagi hose minyak petrol.Itu yang selalu keta teerbakar tu sebab hose petrol bocor.

Monday, July 1, 2013

HIKMAH BERPUASA WALAU BERKERJA DI BENGKEL DI MASA RAMADHAN

Hikmah Puasa, untuk kesihatan serta melawan penyakit rohani dan jasman Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“. Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya. Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan. Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun. Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini. Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.” Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti. Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya; Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Hadith Riwayat Abu Naiim) Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)

Wednesday, June 26, 2013

TIP MEMANDU SEMASA JEREBU !

Jerebu bukan setakat mampu mengugat kesihatan dan bahkan ia mampu menjadi faktor pemangkin kepada kemalangan sekiranya kita tidak tangani secara berhikmah. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Sewajarnya kita perlu mengurangkan aktiviti luaran dan tinggal di dalam rumah berikutan dengan keadaan berjerebu namun jika terpaksa memandu,disini saya sertakan tip untuk pemandu ketika jerebu: 1. Pasangkan lampu Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan. 2. Kurangkan kelajuan Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan. 3. Jaga jarak antara kenderaan Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan. 4. Jangan berhenti di tepi jalan Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan. 5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan. 6. Kenderaan rosak Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera. 7. Warga emas Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu. 8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui. 9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka. 10. Peringatan kepada pengguna motokar Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan. Terus amalkan pemanduan berhemah ketika jerebu dan saya doakan agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU DI BUKIT SENTOSA, APA PERLU KITA BUAT?

"SEKEPING penutup muka yang dibuat daripada kertas mahu dijual dengan harga 50 sen sekeping? "Sangat mahal dan sungguh tidak munasabah betul," itulah kata-kata seorang bapa bila anaknya yang berada di sekolah rendah memberitahu beliau tentang penutup muka yang dijual 50 sen sekeping di sebuah kedai. Menurut bapa itu lagi, biasanya penutup muka jenis kertas itu dijual antara RM7.00 dan RM9.00 untuk satu kotak yang mengandungi 100 keping penutup muka, bergantung kepada kualiti. Menurut satu tinjauan di pekan Rawang dekat sini, farmasi-farmasi runcit melaporkan peningkatan jualan penutup muka surgikal dalam kalangan orang ramai. Bagaimanapun mungkin ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada masalah jerebu yang melanda sekarang ini. "Kami hampir kehabisan stok. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai pelanggan yang bertanyakan pasal penutup muka. "Sebelum masalah jerebu bermula, sukar bagi kami nak jual mahupun sekotak penutup muka tetapi kini kami dapat jual enam hingga lapan kotak sehari," jelas tuan punya sebuah farmasi di Bandar Country Homes, Rawang yang ingin dikenali sebagai Lee. PENUTUP MUKA Menurut pakar-pakar penjagaan alam sekitar, perkara terbaik perlu dilakukan ketika jerebu melanda adalah dengan berada dalam rumah. "Tetapi bagi mereka yang perlu berada di luar rumah seperti kanak-kanak sekolah, pekerja ofis dan buruh pembangunan serta mereka yang memandu dan menggunakan motorsikal, memakai penutup muka adalah perkara yang digalakkan. "Sekurang-kurangnya penutup muka menghalang debu dan habuk asap daripada memasuki sistem pernafasan mereka yang memakainya," kata Lee. Kementerian Kesihatan baru-baru ini menasihati warga Malaysia terutama warga tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan seperti lelah (asma) agar mengelak daripada terlalu lama berada di luar rumah. Peniaga alat penghawa dingin juga melaporkan peningkatan dalam jualan alat yang mempunyai pembersih udara kebelakangan ini. "Pelanggan mahukan penghawa dingin yang mempunyai komponen pembersih udara atau 'ioniser' kerana ia membantu membersihkan udara yang tidak sihat," jelas seorang daripada pembekal itu. Sementara itu, pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil menjelaskan bahawa lebih ramai pesakit yang mahu rawatan bagi batuk, masalah pernafasan dan sakit mata dijangka mengunjungi keliniknya dalam minggu-minggu yang akan datang. "Daripada pengalaman saya yang lepas bila jerebu melanda, lebih ramai pesakit yang mahukan ubat bagi melegakan batuk, sakit mata dan masalah pernafasan," jelas beliau. APA ITU JEREBU? Menurut pensyarah, yang juga warga penjagaan alam sekitar, Amin Iskandar, jerebu muncul disebabkan zarah halus di udara. "Dalam konsentrasi tinggi, zarah-zarah ini akan bertaburan serta menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang hingga berlakunya seolah-olah alam sekeliling menjadi redup. "Jerebu bukannya hanya berlaku di kawasan bandar, malah boleh wujud di kawasan pedalaman," katanya. Zarah-zarah itu datang dari pelbagai sumber termasuk yang wujud secara semulajadi dan yang 'antropogenik' (muncul kerana proses tindakbalas). "Kebanyakan daripada zarah-zarah ini terbit hasil daripada kegiatan yang dilakukan manusia seperti pembakaran terbuka bagi tujuan penanaman, pembukaan tanah hutan, penggunaan kenderaan serta pembakaran bahanapi dalam industri," kata Amin. PEMBENTUKAN JEREBU "Pada satu-satu masa dalam setahun terutama semasa musim Monsun Baratdaya, pergerakan udara secara menegak akan berkurangan. "Pengurangan berat udara ini tidak merangsang pembentukan awan secara aktif lalu menyebabkan cuaca menjadi kering. "Terdapat juga beberapa faktor yang memanjangkan musim panas dan terdapatnya banyak pencemar udara merupakan suasana sesuai bagi pembentukan jerebu," jelas beliau. Menurut beliau lagi, zarah-zarah yang muncul di atmosfera akan terperangkap dalam udara yang tidak bergerak menyebabkan kumpulan partikel ini menjadi mendap dan membentuk jerebu. BAGAIMANA HILANGKAN JEREBU? Zarah-zarah dalam udara boleh dihilangkan melalui beberapa proses. Tarikan graviti akan membuat zarah-zarah yang lebih berat jatuh ke bumi manakala zarah yang lebih ringan boleh dihilangkan melalui 'rainout' atau kondensasi wap air lalu membentuk titisan air sehingga membentuk awan. Zarah-zarah ini juga boleh dihilangkan melalui proses penyatuan dengan titisan hujan semasa berlakunya hujan dan dinamakan 'washout'. Satu cara lagi adalah melaui mekanisme 'turbulence' di mana zarah jerebu ditiup kuat ke lapisan lebih tinggi dalam atmosfera. "Kejadian hujan lebat serta ribut petir adalah lebih berkesan manakala hujan yang sekejap dan tidak lebat adalah kurang cekap dalam menghilangkan jerebu," terang beliau lagi. - Bernama

Thursday, June 20, 2013

KENAPA SUKAR HIDUPKAN ENJIN?

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan Untuk panduan ramai pengguna bagi semoga dapat menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter . Asas-asas utama kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk. Bateri Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan. 1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan 2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala 3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START' 4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan. 5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi. 6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan. Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi? 1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON' 2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri 3.Angkat kabel penyambung bateri 4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap 5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset 6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal. 7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan? Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba.. 1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi. 2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus 3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug. 4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit) Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :- 1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON' 2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' . Ketika kunci 'ON' Starter Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku . Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku. Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter. Alternator Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2. Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan. Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula. Harus diingat juga jika enjin akan berbunyi kasar sedikit dengan penambahan aksesori yang banyak seperti video dibawah.

Thursday, June 13, 2013

TEKNOLOGI MINYAK ENJIN/HITAM TERKINI!

Teknologi terkini minyak hitam Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment. Jenama BARDAHL ber treatment Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas. Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter. Minyak hitam 3 liter Perodua Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik. Saksikan seterusnya video yang saya hasilkan bagaimana menuangkan dan menggunakan kaedah betul menukar minyak hitam. http://kerosakankereta.blogspot.com/

PETUA CERMIN BERKABUS !

Petua Menghilangkan Kabus Pada Cermin Kereta BAYANGKAN ANDA MEMANDU DALAM HUJAN LEBAT, TIBA-TIBA ALAT PENGHAWA DINGIN(AIR-COND) KERETA ANDA ROSAK..PASTILAH MENYUKARKAN PERJALANAN ANDA KERANA CERMIN KERETA AKAN BERWAP DAN KELABU..SELAIN BOLEH MEMBAHAYAKAN, INI JUGA BOLEH MENJEJASKAN MOOD ANDA YANG MAHU MEMANDU JAUH..APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI? DAPATKAN MINYAK RAMBUT YANG CECAIR PUTIH, BUKAN JENIS JELLY..TAK KISAHLAH APA JENAMA SEKALI PUN SAMADA CODE-10,HAIR CREAM, FOLLOW ME..LAKUKAN LANGKAH SEPERTI DIBAWAH TAK ADA MINYAK RAMBUT, ANDA BOLEH GUNAKAN SYAMPU..TAK KISAHLAH APA JENAMA..SURAH KE, SURAU KE, HEAD & SHOULDER KE..TAPI JANGAN CAMPUR DENGAN AIR.. -SAPUKAN MINYAK RAMBUT ATAU SYAMPU PADA CERMIN DAN GOSOK DENGAN RATA..TAK PERLU BANYAK, SELAPIS SUDAH MEMADAI. - GUNAKAN KERTAS SURAT KABAR, TISU ATAU KAIN ..LAP DENGAN PERLAHAN UNTUK MENGHILANGKAN KESAN BAYANG-BAYANG MINYAK RAMBUT SAHAJA. (PALING MULIA DAN BERKESAN GUNAKAN TISU) INSYA ALLAH KABUS ATAU WAP CERMIN PADA KERETA ANDA AKAN HILANG BUAT SEMENTARA WAKTU. SELAMAT MENCUBA