Wednesday, June 26, 2013

TIP MEMANDU SEMASA JEREBU !

Jerebu bukan setakat mampu mengugat kesihatan dan bahkan ia mampu menjadi faktor pemangkin kepada kemalangan sekiranya kita tidak tangani secara berhikmah. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Sewajarnya kita perlu mengurangkan aktiviti luaran dan tinggal di dalam rumah berikutan dengan keadaan berjerebu namun jika terpaksa memandu,disini saya sertakan tip untuk pemandu ketika jerebu: 1. Pasangkan lampu Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan. 2. Kurangkan kelajuan Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan. 3. Jaga jarak antara kenderaan Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan. 4. Jangan berhenti di tepi jalan Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan. 5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan. 6. Kenderaan rosak Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera. 7. Warga emas Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu. 8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui. 9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka. 10. Peringatan kepada pengguna motokar Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan. Terus amalkan pemanduan berhemah ketika jerebu dan saya doakan agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

No comments:

Post a Comment