Thursday, March 28, 2013

APA PERLU BUAT BILA KEMALANGAN?

Salam semua, disini saya nak kongsi sedikit. Sebagai pengguna jalanraya, kita semua tidak ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi bak kata pepatah “Malang tidak berbau” ada baiknya kita mempunyai ilmu untuk menangani situasi apabila terlibat dalam kemalangan. 1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti. 2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang. 3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans. 4. Hubungi pihak insurans kereta anda Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan. 5. Buat laporan polis di balai polis terdekat Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda. 6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan. 7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut. Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak. Jika ada salah silap atau ingin memberi nasihat tambahan silalah komen. Terima kasih.

Wednesday, February 13, 2013

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH BOS WMZ

Ana pentadbir Sistem telah dijemput kenduri selamat di rumah En. Wahid Md Zain pada minggu yang lalu bersama kariah suarau Saidina Ali selepas Kuliah Ustaz Irwansyah. Beliau akan berangkat ke Mekah pada 16 Februari 2013 bersama isteri dan beberapa ahli keluarganya. Kita doakan semoga rombongan beliau sekeluarga akan selamat samapai ke Baitullah dan dapat mengerjakan ibadah dan pulang ke Malaysia dengan selamat amin.

Wednesday, January 16, 2013

TUKAR SPRING !

Beberapa perkara yang perlu kita buat untuk membantu merendahkan kereta korang adalah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukar part-part standart kereta korang kepada part-part spot yang boleh membantu merendahkan kedudukan kereta korang.. antaranya ialah : 1) Tukar Spring Sport Walau pun rasanya tak banyak membantu merendahkan kereta korang ..Carilah yang bersesuaian dengan performance kereta .. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu... Cuba juga bandingkan ketinggian antara spring standert dan spring sport yang mana lebih rendah
Kalau nak masuk sport spring sahaja pun ok gak, tapi lam-lama absorber stendet tuh leh leaking.. kalo nak masuk sport spring sahaja better pakai yang branded lowering spring yang jenis baik : - Eibach, GAB - Jamex, Proride - Tien, APM - Kayaba RS - Sachs - H&R Ukuran lowering sport spring pun kekadang ada orang tak puas hati, so sebelum beli sport spring tuh, tengok ukuran dia 45mm, 60mm, 80mm atau sebagainya.... tengok bebetul buat perbandingan kerana banyak perbezaan diantara ketinggian , jumlah gelung , diameter dan ketebalan besi spring juga menentukan performent kereta korang.. kat tepi spring tu selalunya ada tulis..
Jangan pulak dah beli nanti potong sport spring tuh lagi..makin lowered laa kereta tuh..dah hasilnya...rate spring akan lari dan kereta akan suffer masa kat cornering. Nak beli spring tuh, make sure yg ada pembalut pelindung supaya spring tuh tak direct contact dengan absorber punya tapak. Macam aku punya, Jamex, ada pembalut tuh..so ia akammencegah spring dari direct contact. Kalu pakai spring lowered tapi spring tu lembut sangat pun handling kereta tetap tak sedap.

Monday, January 14, 2013

BILA TIMING BELT PUTUS !

Timing Belt Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira. Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti. Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Saya ada cerita secara lanjut di sini. Jadi pastikan ada tukar timing belt tepat pada masanya. Berikut adalah gambar timing belt yang terletak di luar enjin:

Tuesday, December 18, 2012

GERBOX & CARA PENJAGAAN

Tips penjagaan gearbox
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis. Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR. Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin meraung dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini. Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta). Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar. Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate. akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).