Monday, April 30, 2012

FLAT KENDERAAN TERMAHAL DI MALAYSIA?

Plat WWW1 (World Wide Web) RM500,000 termahal dalam sejarah Malaysia Plat WWW1 (World Wide Web) RM500,000 termahal di Malaysia ~ Amboi harga dan kos buat plate tu RM10 saja, tapi oleh sebab keunikan Nombor Plat tersebut menjadikan harganya melambung-lambung melebihi harga hantaran perkahwinan kebanyakan manusia. Admin dapat info ini daripada akhbar KOSMO hari ini Ahad 8 April 2012. Siapa yang baca KOSMO atau sempat belek akhbar tersebut mesti perasan, sebab ia menjadi tajuk utama muka depan akhbar KOSMO hari ini. Di bawah ini keratan akhbar tentang “Plat Termahal Malaysia” tersebut. KUALA LUMPUR – Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai. “Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment