Monday, April 23, 2012

LESEN KENDERAAN AUTO MULAI MEI 2012 !

LESEN KENDERAAN AUTOMATIK MULAI MEI 2012 | LESEN MEMANDU AUTOMATIK HANYA UNTUK KERETA AUTO SAHAJA! | Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak. Oleh itu, hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik.

Menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

No comments:

Post a Comment