Tuesday, June 11, 2013

CARevo ADALAH KERETA LUMBA UKM

Kereta lumba UKM CARevo dibina untuk Perlumbaan Perodua Eco Challenge 2011 memiliki ciri-ciri aerodinamik terbaik, kekuatan lenturan casis dan kilasan maksimum. Lantas tidaklah mengejutkan apabila ia terpilih sebagai naib johan pertama dalam kategori reka bentuk pertandingan berkenaan yang telah diadakan di Sirkut Motorsport Antarabangsa Melaka. Digerakkan oleh enjin suntikan minyak 660cc dengan transmissi 5-kelajuan manual, panjang kenderaan 3450 mm, lebar 1500 mm dan ketinggian 1106 mm, CARevo dibina oleh Pusat Penyelidikan Automitif (CAR) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina khusus untuk pertandingan itu. Reka bentuk konsep kereta itu dibuat menggunakan CATIA v5 dan ia mempunyai pusat graviti rendah untuk mendapatkan kestabilan lebih baik dan badan ringan diperbuat daripada bahan komposit. Ketua CAR, Prof Madya Dr Rozli Zulkifli, memberitahu sejak tahun-tahun 1980an kilang perusahaan kereta semakin banyak bergantung pada cara-cara perkiraan untuk mereka bentuk kereta dalam usaha mengurangkan ujian mahal biasa bagi penyelidikan aerodinamik. Rekebentuk CARevo dianalisis menggunakan perisian dengan ciri-ciri mengurangkan penggunaan minyak (CFD) iaitu STAR-CCM++ dan analisis kekuatan menggunakan perisian SimDesigner V5R14. Ujian simulasi terhadap reka bentuk menunjukkan terdapat keamatan tekanan tinggi di bahagian bampar depan, perisai angin dan panel sisi kerana lengkungan tajam. Tekanan ke atas bahagian lain pula adalah sederhana. “Pacuan halaju di bahagian depan badan kereta adalah tinggi, tetapi rendah di bahagian belakang. Dari segi alur aliran pacuan halaju pada badan CARevo, ujian menunjukkan ia mengalir begitu licin kecuali ada bebera pengegaran pada sisi kanan dan kiri dan di belakang. “Bolehlah kita katakan reka bentuk badan kereta mempunyai aerodinamik yang baik kerana heretan pekali kereta amat rendah sekali iaitu 0.31,” kata Dr Rozli. Reka bentuk casis juga memerlukan kekuatan baik berdasakan kekangan kejuruteraan ia itu asas tayar dikehendaki, antara muka enjin dan matra pemandu. Keluli lembut yang memberi kekuatan 250 Mpa (Megapaskal), kekuatan tegangan muktamad sebanyak 400 Mpa dan kepadatan sebanyak 7.8 g/sm. Paksi kilas anter letak di sepanjang casis dan tempat tekanan kilasan bermula adalah dari depan casis kebahagian belakang casis. “Berdasarkan hasil ujian itu kita boleh putuskan bahawa keselamatan casis itu adalah tinggi memandangkan ketegangan maksim um dan kekuatan kilasan masih di bawah batas kekuatan dihasilkan,” kata Dr Rozli. Gran sebanyak RM25,000 diberikan oleh Perodua telah digunakan untuk membina badan CARevo, casis dan pemasangan komponen lain seperti sistem stereng dan brek. Selain kakitangan dan felo dari Jabatan Mekanik dan Bahan, kakitangan lain yang terlibat adalah daripada Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Kejuruteraan Proses, Kimia dan Kejuruteraan Proses dan Dr Che Aniza Che Wel dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. “Pusat Penyelidikan Automotif adalah penyelaras untuk tiga pertandingan yang melibatkan kami dalam usaha menghasilkan teknologi terkini. “Matlamat utama teknologi terbaharu ini sudah tentunya mencapai pengurangan penggunaan minyak. Hakiktanya semua syarikat pengeluar kereta mahu mendapatkan teknologi itu dalam usaha mengeluarkan kenderaan lebih efisien dan berdaya saing. Ketua kumpulan-penasihat CARevo, Ir Dr Zambri Harun memberitahu pelajar-pelajar begitu berminat untuk menyertai program berkenaan kerana ia amat sesuai dengan pengajian mereka. Kebanyakan daripada pelajar itu adalah dari tahun dua, tiga dan tahun akhir dengan kumpulan yang terlibat tahun lalu kini belajar di Universiti Duisburg-Essen di Jerman di bawah rancangan ijazah berganda UKM-UDE.

No comments:

Post a Comment