Thursday, July 5, 2012
TUGAS MEKANIK DAN JURUTEKNIK AUTOMATIF
Tugas seorang juruteknik dan mekanik Automotif
Para pemandu yang pernah mengalami kerosakan kereta atau lori sangat memahami betapa pentingnya tugas sebagai juruteknik dan mekanik automotif. Kebolehan mendiagnos punca kerosakan dengan pantas dan tepat merupakan kemahiran yang sangat penting kepada seorang juruteknik dan mekanik automotif. Kemahiran yang sangat berharga ini memerlukan kemahiran menaakul dan pengetahuan yang mendalam tentang kenderaan bermotor.
Apabila kerosakan mekanikal atau elektrikal berlaku, juruteknik akan cuba mendapatkan keterangan mengenai petanda-petanda mengenai kerosakan tersebut daripada tuan punya kenderaan. Untuk menentukan kerosakan juruteknik dan mekanik akan menggunakan pendekatan mendiagnos. Langkah pertama, mereka akan memastikan bahagian dan system dalam keadaan baik dan selamat, dan cuba mencerakinkan bahagian atau system secara logiknya menjadi punca kerosakan. Juruteknik atau mekanik akan memandu uji kenderaan tersebut atau menggunakan peralatan pengujian seperti alat pemampat atau komputer untuk menentukan punca kerosakan. Semua ujian ini akan menentukan bahagian atau peralatan masih boleh diperbaiki ataupun perlu ditukar supaya kenderaan tersebut dapat digunakan semula.
2.0 Jenis-jenis kerjaya dalam bidang automotif.
2.1 Juruteknik automotif
Tugas seorang juruteknik automotif ialah untuk mendiagnos. Membaiki dan menservis. Dia berkebolehan menentu mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada enjin kenderaan bermotor
2.2. Mekanik automotif
Secara amnya, tugas seorang Mekanik automotif adalah berkaitan dengan pemeriksaan dan pemerhatian keseluruhan enjin dan membuat pengubahsuaian yang perlu pada bahagian alat-alat enjin yang rosak serta mengesyorkan kepada pelanggan tentang jangka hayat dan ketahanannya.
Seseorang Mekanik Automotif mestilah berketrampilan di dalam bidang:-
a. Menservis pada kenderaan bermotor
b. Menservis system karburetor, system bahanapi disel dan system elektrikal kenderaan bermotor
c. Membaikpulih enjin, melakukan “top-overhaul”, menservis sistem penyejukan dan pelinciran enjin.
d. Membaikpulih “drive-train”, pemeriksaan system transmisi dan gandar belakang.
e. membaikpulih sistem brek, system pemanduan dan sistem penggantungan serta penyerap hentak
2.3. Juruelektrik automotif
Tugas seorang mekanik adalah berkaitan dengan sistem pendawaian dan penyalaan pada kenderaan bermotor seperti motor penghidup, alternator dan bateri. Di samping itu, Juruelektrik automotif juga membaiki lampu dan kerosakan pada aksesori elektrikal seperti meter, system penyejukan enjin dan pengudaraan enjin dan sistem kunci berpusat,
2.4 Juruteknik penyaman udara automotif
Tugas seorang juruteknik penyaman udara untuk mendiagnos, membaiki dan menservis sistem penyaman udara. Dia berkebolehan menentu, mendiagnos masalah dan menjalankan pembaikan yang perlu pada system penyaman udara kenderaan bermotor
Monday, July 2, 2012
KERETA 100 JUTA RINGGIT ?
LONDON- Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga 20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.
Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.
Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu.
Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga 370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak 4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.
Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.
Harga baru kereta itu pada 1963 ialah 6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga 26 juta pada 2010.
- Agensi
Tuesday, June 26, 2012
TAYAR TANPA ANGIN
Tayar tanpa angin Bridgestone direka bentuk untuk tidak pancit
Tahun 2011
Di Tokyo Auto Show di Jepun, Bridgestone menunjukkan pembangunan terbaru - tayar tanpa-pancit bebas angin. Tayar itu masih dalam fasa konsep, tetapi telah diuji dengan jayanya pada kenderaan tunggal di Jepun yang secara tradisionalnya digunakan oleh orang tua.
Tayar tanpa angin Bridgestone direka bentuk untuk tidak pancit
Roda 9-inci itu mempunyai jejari-resin termoplastik yang dipancarkan dari rim ke bunga, melengkung ke kiri dan kanan untuk sokongan struktur yang maksimum. Reka bentuk pepejal tayar tidak memerlukan angin, dan oleh itu tidak boleh pancit.
Juga menarik ialah bahan tayar dibuat, yang keseluruhannya boleh dikitar semula.
Masih dalam fasa ujian, Bridgestone merancang untuk banyak menilai prestasi tayar pada kereta tradisional sebelum membuat mereka untuk kegunaan umum.
Walaupun pastinya menarik, tayar Bridgestone bukan yang pertama, kita pernah mendengar tentang tayar bebas-angin. Teknologi tayar tanpa angin telah di bawah pengkajian selama bertahun-tahun, dengan tayar Michelin Tweel tidak berangin yang telah pun memenangi Pingat Emas dalam Inovasi Intermat (Intermat Gold Medal for Innovation) pada tahun 2006.

Wednesday, June 13, 2012
KENAPA HONDA DIPANGGIL BALIK ?
Salam,
Honda pun dah mula panggil balik kereta-kereta keluarannya dari tahun 2006-2008. Kereta yang terlibat dalam panggilan kereta honda balik adalah kereta model honda city, honda civic dan honda jazz. Honda dalam kenyataannya mengatakan punca kereta honda ini di panggil balik adalah untuk pemeriksaan lanjut mengenai kebocoran minyak pada bahagian hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.
Lokasi pemeriksaan kereta honda yang terlibat boleh di buat pada pemeriksaan HONDA servis yang bertauliah dan yang di benarkan. Para pemilik kereta honda yang terlibat mesti memeriksa dahulu samada kedai penyelenggaran tersebut mendapat kelulusan dan kebenaran dari HONDA. Kos pemeriksaan atau kos gantian atau kos buruh adalah di tanggung oleh honda. Jadi pemeriksaan dan pembaikian adalah percuma.
Oleh kerana ia melibatkan 40,000 kereta honda yang terlibat, adalah di nasihatkan supaya membuat temujanji atau memeriksa dahulu kekosongan atau 'availability' untuk menghantar kereta tersebut supaya tempoh menunggu tidak lama.
Tak sangka jugak kereta honda ini di panggil balik untuk pemeriksaan. Cuba kalau ia melibatkan kereta keluaran proton, pasti semua orang akan kutuk kualiti kereta proton kita. Jadi sekiranya kereta HONDA atau TOYOTA yang di kenali dengan kualitinya dan pengalaman mereka dalam industri kereta ini pun mengalami masalah, jadi apa nak di kisahnya kalau PROTON pun suatu hari nanti akan memanggil balik kereta keluaran model mereka jugak. Hehehe
Berikut adalah kenyataan media oleh wakil HONDA. Di petik dari sini:
KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.
“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.
Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit.
“Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro.
Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.
Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. – BERNAMA

Friday, June 8, 2012
Monday, May 28, 2012
HEBAT KERETA DUAALAM !
Sesuai untuk kawasan banjir
Setiap tahun banjir besar melanda pantai timur dan utara Malaysia. Akibatnya kehidupan seharia terganggu kerana kenderaan harian yang digunakan tak boleh meredah banjir. Di Kuala Lumpur juga sama. Kesesakan berlaku kerana jalan banjir. Ini mengakibatkan RRRAAGEE dan FFFUU yang melampau. Apakah kenderaan yang anda rasakan seharusnya dimiliki mereka yang harus berdepan dengan masalah banjir?
Bagi aku Scamander ialah jawapan yang kita nanti-nantikan. Kenderaan amfibia dua alam alam ini adalah rekaan Peter Wheeler. Beliau dahulunya pemilik syarikat kereta lumba TVR. Selepas menjual syarikat TVR kepada Nikolai Smolenski pada tahun 2005, Peter mula membangunkan projek Scamander. Scamander kerana pada pendapat beliau kereta yang terjual diluar sana tidak dibina untuk orang seperti beliau. Peter mahukan sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk beliau offroading, memancing dan memandu secara laju di litar. Scamander ialah sebuah RRV (Rapid Response Vehicle) yang pada hemat beliau mampu melakukan kesemua aktiviti diatas. Untuk versi awal Scamander menggunakan enjin V8 4.6 liter. Untuk produksi penuh Peter mahu meletakkan sebuah enjin diesel dari sebuah kapal terbang bagi memberikan lebih kuasa untuk Scamander. Scary stuff.
Bagi aku Scamander ialah sebuah kenderaan yang nampak unik dan ganas. Sekali lihat nampak macam sebuah kenderaan dari filem fikyen sains.
Thursday, May 3, 2012
KERETA SUZUKI KIZASHI
Suzuki Kizashi (キザシ) is a mid-size car, unveiled at U.S. 30 July 2009. The Kizashi is on sale in Japan October 21, 2009, in North America on December 1, 2009, Australia and New Zealand May 11, 2010. The Kizashi is the first mid-size car that Suzuki has sold in the Australian market. Japanese Kizashi means 'women', 'sign' or 'warning' may move to other automakers that the Kizashi is an example of Suzuki's upcoming products in the future. Kizashi sedan aims to be the flagship of Suzuki and now exceeds Japanese government regulations regarding the outside dimensions and engine size for vehicles classified as 'compact'.
Standard equipment includes front-wheel drive and a 2.4-liter 4-cylinder engine that develops 185 hp (138 kW) and 170 lb.-ft. (230 Nm) of torque. Available transmissions are a 6-speed manual transmission or a CVT. CVT version reduces power to 180 hp (134 kW) and has a 100 km / h (62 mph) time of approximately 8 seconds. The Kizashi has alloy wheels 17 and 18 inches, Akebono Brake origin, a selection of areas of cloth or leather seats and a 425-watt Rockford Fosgate audio system with iPod and Bluetooth connection. Four wheel drive (based on i-AWD system like the Suzuki SX-4) is optional and includes a pilot in the active-TA to save fuel.
The engine range is expected to include two petrol engines of 2.4 liters with a displacement of 3.6 liters, respectively, and a motor drive 2.0-liter turbodiesel for the European markets. TA should be the norm though AWD is an option available for some models and a paddle shift six-speed automatic. In December 2010, the Kizashi 2 awards won in New Zealand car: Supreme winner of the AA Motoring Excellence Awards 2010 and the New Zealand Herald Car of the Year award.The car was praised for its incredible attention to detail, refinement and comfort.
Subscribe to:
Posts (Atom)