Monday, December 19, 2011

150,000 KILOMETER TAK EPRLU GUNA MINYAK ENGIN?

SEHINGGA 150,000 km Tak Perlu Tukar Minyak Enjin
Tahukah kita dimanakah perginya sisa minyak pelincir kenderaan kita? Berapa peratus dikitar semula?
Selebihnya?
Pelepasan asap kenderaan?
Jadilah pengguna bijak..
Telah sampai masanya untuk kita memulihkan kembali alam sekitar dan berjimat. 30 kali tak perlu tukar minyak Enjin..
dan banyak penjimatannya..
Jom kita "MEMELIHARA ALAM SEKITAR KITA" SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN.
ASAP KURANG
POWER MENINGKAT
MINYAK/RM JIMAT
TERBUKTI MEMANG HEBAT!!!
Sesuai untuk semua jenis kenderaan.
DENGAN PENGGUNAAN "SUPER MIRACLE PLUS" INI ANDA TELAH MEMBANTU MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR UNTUK GENERASI AKAN DATANG.
TERBUKTI MEMANG HEBAT!!!
Sesuai untuk semua jenis kenderaan.
SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN!!!
Sekarang boleh ORDER dan bayar guna KAD KREDIT!!!
http://www.MinyakEnjin.com/eastar1
JIKA SETELAH PAKAI "SUPER MIRACLE PLUS" INI TIADA PERUBAHAN JUGA TERHADAP KENDERAAN ANDA, WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN...

Monday, September 19, 2011

BATERI BARU ATAU PALSU?

19 September 2011
Betul Ke Bateri Kereta Jenis Berjenama atau Palsu ?

Satu hari tu saya lalu di depan sebuah kedai jual bateri kereta. Saya nampak pekerja tu sedang punggah bateri kereta dari lori, masuk ke dalam kedai. Jumlahnya bukan sikit tapi banyak. Yang saya hairan, bateri tu bateri baru tapi tak ada cop atau sticker jenama bateri tu. Kenapa tidak ada sticker ?

Hari ni kawan saya beli bateri kereta kat kedai tu, dia beli bateri jenama terkenal dengan harga sama mahal dengan jenama terkenal tu. Baru saya perasan yang bateri tu cuma ditampal sticker saja, tidak ada cop atau tulisan jenama tu di tempat lain kat bateri tu.
.
Bateri Original atau Palsu ?

Timbul persoalan pada saya... adakah bateri tu betul original atau palsu. Untuk buat sticker dan ditampal di kiri dan kanan bateri tu bukan susah. Bukan saya nak reka cerita sebarangan tapi ragu-ragu juga sebab saya sendiri tengok bateri tu tak ada tulisan masa punggah dari lori tu. Lagi satu, sekarang kedai sanggup beli bateri lama kita dengan harga RM 10-20 walaupun yang sudah rosak. Kita tak tahulah, adakah bateri tu boleh dikitar semula dan dijual seperti baru, entahlah.

Jadi, saya harap pihak berkuasa kalau boleh buatlah pemeriksaan di kedai jual bateri. Bukan kedai itu saja tapi di kedai-kedai lain yang jual bateri untuk mengelakkan pengguna tertipu. Ini juga untuk menjaga kepentingan syarikat pengeluar bateri yang original tu juga.
Dicatat oleh Mohd Khalil Pada Isnin, September 19, 2011
1 komen:
Tanpa Nama berkata...

saye rasa la tu bateri rekon or palsu or terpakai...sebab saye dah terkene...beli bateri baru...tup2..keta baru 2-3 hari tinggal tak start...bateri dah kong.....
19 September 2011 4:41 PM

Monday, September 12, 2011

CARA KONTROL MINYAK PETROL

Disebabkan harga minyak yang sentiasa naik. Saya ingin berkongsi tips-tips untuk menjimatkan minyak yang diambil daripada Sidang Pengarang Wanita Dot Us.. Kita sebagai penguna tidak ada hak untuk menentukan harga minyak. Dengan ekonomi global yang tidak stabil. Harga minyak tidak mudah untuk turun. Bila harga minyak naik akan membebankan pengguna. Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu.

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.
Posted by Yahya Bakeri

Sunday, July 24, 2011

ENAM CARA JAGA TAYAR KERETA

6 cara jaga tayar

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

* PERTAMA

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

* KEDUA

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

* KETIGA

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

* KEEMPAT

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

* KELIMA

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

* KEENAM

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
Dicatat oleh anak desa

Thursday, July 21, 2011

SAGA 1.6 BARU !





Pasti ramai dah tertunggu-tunggu dengan Proton Saga FLX 1.6 liter,yang bakal
dilengkapkan dengan transmisi CVT 5 kelajuan dan juga sistem IAFM, yang
terbukti akan membawa keseronokan memandu yang lebih menarik.

Friday, June 17, 2011

ANTARA MYVI DAN PROTON BARU !


Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).

Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).

Timbul persoalan kini ialah adakah berbaloi untuk memiliki sebuah Perodua Myvi 1.3 liter dengan harga setinggi itu? Itu baru model 1.3, belum lagi model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Wednesday, June 1, 2011

LAGI CARA SAYANG KERETA ANDA !

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
· SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
· JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
· TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
· KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
· KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda
membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Wednesday, April 6, 2011

CARA JIMAT & JAGA KERETA ANDA

Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali bab lain seperti rumah, pelaburan, insuran, makanan dan lain-lain.Sekarang kereta bukan  lagi barangan mewah, tetapi satu keperluan harian. Bagaimana untuk berjimat :

1. Beli kereta ikut kemampuan, bukan untuk bergaya. Utamakan kualiti kereta, tidak semestinya kereta baru baik kualitinya.

2. Beli kereta secondhand yang baik, cari harga yang murah  untuk kereta berkualiti.

3. Digalak pakai kereta buatan Jepun seperti Honda, Toyota atau Nissan atau kereta  buatan Malaysia. Tapi jangan beli Tiara atau Savvy. Perdana pun tidak digalakkan beli kerana banyak masalah gear. Kalau anda minat nak beli kereta Eropah, pastikan dapat harga paling murah dan buat semakan mengenai alatgantinya.

4. Seboleh-boleh beli kereta secara tunai, elakkan berhutang. Kalau berhutang, ikut kemampuan. Kumpul duit, banyak kereta berjenama tapi murah. Tahun lepas saya beli sebuah kereta RM 5,500. sahaja. Kalau tak pun, boleh buat pinjaman peribadi untuk beli kereta tunai. Kebiasannnya kereta yang tidak boleh loan, akan jatuh harga.

5. Cari peluang kereta murah dengan masuk lelong kastam atau lelong bank dan kadang-kadang ada syarikat swasta buat lelong. Pastikan anda ada ilmu yang cukup sebelum beli kereta lelong. Tahun 2004 saya beli kereta lelong kastam RM 9 ribu, kereta saya pakai sampai sekarang.

6. Pastikan anda mengetahui kedai bengkel yang berpatutan dan buat kerja bagus. Tak semestinya kedai kawan, belum tentu kedai kawan buat kerja bagus. Perlu kenal bengkel yang baiki enjin, kedai aksesori, kedai ekzos, kedai ketuk dan cat, kedai aircond dan kedai servis radiotor, tak semestinya kedai Melayu. Harap jangan cari kedai Melayu kalau cari kedai aircond dan aksesori, buat kurang bermutu dan lambat, sila cari kedai Cina.

7. Anda perlu tahu kedai alat ganti baru (di JB ada banyak)dan terpakai(seperti di Tangki Air Tun Razak, Maunt Austin, Desa Cemerlang, Larkin dll)

8. Servis kereta setiap 5,000 km, beli barang sendiri seperti minyak hitam dan oil filter sahaja. Perkara lain seperti plak, air filter dll tak perlu kecuali rosak sahaja. Plak boleh tahan setahun lebih. Kalau beli sendiri minyak hitam jenis Castrol RM 38, oil filter RM 7 dan upah RM 10, jumlah RM 55 sahaja. Kalau mahu minyak lagi murah ada yang harga RM 26, saya pun pakai, kereta biasa saja jalan jauh. Kalau anda hantar ke kedai tanpa barang berkenaan, anda mungkin dikenakan sehingga RM 100.

9. Anda perlu tahu serba sedikit untuk membaiki perkara kecil seperti memasang bateri kereta,kalau di kedai upahnya RM 10. Kalau bateri rosak, beli di kedai Desa Rahmat Tampoi RM 115 jenis NS 60, kemudian pasang sendiri. Harga spana cuma RM 2 boleh guna sampai bila-bila. Kalau anda rosak bateri pergi ke kedai, dikenakan dalam harga RM 160- 180 siap pasang.

10. Kalau kereta anda rosak, pastikan apa  yang rosak. Beli barang sendiri sama ada barang baru atau terpakai. Contohnya water pump Accord RM 60, upah RM 70, jumlah RM 130. Kalau anda serah diri pada bengkel, anda dikenakan bayaran lebih RM 200.

11. Waktu pergi kerja sebelah pagi tidak semestinya buka aircond, minyak akan  lebih. Begitu juga kalau waktu malam, kalau tak perlu, tak perlu buka aircond.

12. Sila rancang perjalanan anda, elakkan dari kesesakan jalanraya, akan banyak membazir minyak.

13. Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana seperti 1.6 dan 1.8 kalau anda ada masa jalan jauh, ada masa jalan dekat. Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.

14. Jika kereta anda mengalami kerosakan, sila tanya tauke bengkel, kos sebenar yang perlu dibayar sebelum diperbaiki. Anda perlu mencatat alat yang perlu diganti dan anda perlu bersetuju sebelum kerja-kerja dilakukan. Jika tidak puashati, sila pergi ke kedai lain. (kalau kereta anda tidak boleh bergerak, sila panggil kereta tunda, kosnya cuma RM 30 kalau berdekatan). Kalau tauke kedai mengganti barangan kereta anda tanpa izin, anda boleh buat bantahan kepada tauke. Sekiranya perlu, anda boleh buat laporan kepada talian bebas tol Kementerian Perdagangan.

15. Jangan panaskan kereta anda kalau kereta anda guna enjin injection, selepas start, boleh terus jalan. Kalau enjin guna karburator, panaskan jangan lebih dari 2-3 minit, memanas enjin terlalu lama membazir minyak.

16. Kadang-kadang ada kereta semakin lama, ada  juga kereta yang semakin kuat minyak, sila servis atau tukar jarum karburator. Kereta Peugeot saja tukar karburator Nissan.

17. Kalau kereta anda injection, kuat minyak, sila buat pelarasan semula enjin (Singh Auto Batu Pahat pakar buat kerja ini). Accord saya boleh pergi sejauh 320 km dengan RM 50 setelah buat pelarasan. Sebelum  itu minyak kuat.

18. Gunakan kad diskaun seperti kad mesra petronas.

19.Jangan basuh kereta di kedai, basuh sendiri. Katakan sebulan 5 kali anda basuh kereta RM 10 sekali basuh, jumlahnya RM 50. Sila beli syampoo kereta harga RM 2 (tahan 3 bulan), span penggosok RM 2, air yang anda gunakan dalam 5 kali basuh tidak sampai RM 1. Kalau anda duduk di rumah flaf, sila cari paip di bawah, saya duduk di kondo pun boleh basuh sendiri.

20. Bateri kereta jangan buang atau jangan beri pada orang bengkel. Bateri yang dah tak guna boleh laku dengan harga RM 10-15, dulu sampai RM 20.

21. Jangan mudah percaya dengan alat kononnya boleh menjimatkan minyak, mungkin boleh merosakkan sistem enjin anda.

22. Servis aircond anda setiap 2 tahun, aircond anda akan tahan  lama. Cari kedai yang pakar servis aircond, biar harga mahal sikit. Saya servis aircond di Tampoi, RM 90 tapi aircond saya tak pernah rosak sejak beli dan sentiasa sejuk. Jangan sampai aircond anda rosak, boleh mengakibatkan anda rugi wang sehingga RM 1000 kalau aircond anda rosak terus.

23. Kalau gas aircond anda habis, jangan buka aircond, boleh merosakkan alat-alat lain.

24. Jangan pakai ekzos besar yang bunyi bising, kuat minyak.

25. Waktu anda servis, pastikan ada catatan kilometer untuk servis seterusnya. Kalau ada minyak lebih, sila simpan, 4 kali servis, boleh dapat lebihan minyak untuk sekali servis minyak percuma.

26. Pilih insuran yang murah untuk perlindungan insuran yang berpatutan. Jangan meletakkan nilai kereta anda terlalu tinggi kalau beli insuran, ikut nilai pasaran, ini akan merugikan bayaran untuk  insuran anda. Kalau boleh, buat sendiri insuran kalau anda ada geran (sebab itulah untung beli kereta tunai, ada geran). Kalau geran anda pada bank, buatlah apa-apa alasan supaya anda dapat geran, lepas tu jangan pulang pada bank.

27.Jangan bawa banyak muatan yang tak perlu dalam bonek kereta. Kereta jadi berat. Jangan jadikan kereta anda store, minyak banyak.

Monday, March 14, 2011

TIP 6 CARA JAGA TAYAR

6 cara jaga tayar

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
  • PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
  • KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
  • KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
  • KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
  • KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
  • KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
 anak desa 

Wednesday, February 9, 2011

CARA JIMAT BAIKI KERETA


Cara Jimat Baiki Kereta Anda-

Atok ingin menurunkan ilmu bagai mana hendak mengatasi masalah kalau kereta anda rosak atau disyaki rosak. Orang kita atau Malaysia kalau rosak sikit senang-senang hantar ke workshop tanpa mengetahui kerosakan sebenarnya. Bila sampai ke workshop maka pomen boleh kelentong kita cukup-cukup sampai ternganga-nganga meleleh air liur. Kalau di UK atau USA ramai yang suka DIY kerana murah dan berilmu pomen kereta.

Begini cara nya:

1. Kalau kereta kita bunyi "tet tet tet" itu maknanya kereta kita ada masalah "tepet"
2. Kalau bunyi "bok bok bok.." itu maknanya gear box ada masalah..
3. Kalau bunyi "ring ring.." itu adalah masalah Piston ring je...
4. Kalau bunyi "tat..tat..tat.." itu ada skrew tak ketat..


Senangkan? So bila pegi workshop kita boleh advice kat pomen repair benda yang kerosakan yang kita tahu je..So, pomen tak berani nak goreng lebih dan jimat cost betul tak.. Tapi ada bunyi yang pomen pun tak boleh tolong atau pengeluar kereta sendiri pun tak boleh...

5. Kalau bunyi kereta kita bunyi 'nen...nen...nen...', apa sebab ?


Jawapan nya: "Finance" pegi check kat bank gerenti dah 3 bulan lebih tak bayar...he...he.... jangan sampai tak balik Raya...

Wednesday, January 26, 2011

PETUA JAGA KERETA !

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.

Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai
(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama
(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).