Monday, September 10, 2012

FORD BERTEKNOLOGI BARU

Sewaktu acara “Go Further” yang diadakan di Amsterdam pada minggu lepas, Ford telah melancarkan generasi terbaru di bawah jenama Tourneo, sebuah model pintar dan bergaya Tourneo Connect.
Dengan pelancaran itu secara rasminya ‘The all-new Tourneo Connect’ telah menyertai barisan kenderaan penumpang Ford sebagai sebuah kenderaan keluarga yang menawarkan ruang cemerlang dan serba boleh dalam sebuah pakej baru yang bergaya. high income Boleh didapati dalam dua pilihan model yang berkebolehan – Tourneo Connect lima tempat duduk dan Grand Tourneo Connect tujuh tempat duduk – kenderaan terbaru itu menawarkan pelbagai ciri praktikal sama ada untuk keluarga mahu pun untuk kegunaan profesional. Tourneo Connect menetapkan tahap ekonomi terbaik di dalam kelasnya dengan menawarkan enjin diesel dan petrol yang dikecilkan saiznya dan ciri-ciri teknologi Ford ECOnetic. Model berkenaan bakal dijual di pasaran Eropah, dan di pasaran Amerika Utara di mana ia akan dikenali dengan nama Transit Connect Wagon, pada 2013. Tourneo Custom dengan tempat duduk lapan atau sembilan sedang dijual sekarang ini.

No comments:

Post a Comment