Wednesday, June 26, 2013
TIP MEMANDU SEMASA JEREBU !
Jerebu bukan setakat mampu mengugat kesihatan dan bahkan ia mampu menjadi faktor pemangkin kepada kemalangan sekiranya kita tidak tangani secara berhikmah.
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Sewajarnya kita perlu mengurangkan aktiviti luaran dan tinggal di dalam rumah berikutan dengan keadaan berjerebu namun jika terpaksa memandu,disini saya sertakan tip untuk pemandu ketika jerebu:
1. Pasangkan lampu
Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.
Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.
2. Kurangkan kelajuan
Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.
3. Jaga jarak antara kenderaan
Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
4. Jangan berhenti di tepi jalan
Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.
5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan
Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.
6. Kenderaan rosak
Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.
7. Warga emas
Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.
8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik
Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.
9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal
Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.
10. Peringatan kepada pengguna motokar
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.
Terus amalkan pemanduan berhemah ketika jerebu dan saya doakan agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Tuesday, June 25, 2013
JEREBU DI BUKIT SENTOSA, APA PERLU KITA BUAT?
"SEKEPING penutup muka yang dibuat daripada kertas mahu dijual dengan harga 50 sen sekeping?
"Sangat mahal dan sungguh tidak munasabah betul," itulah kata-kata seorang bapa bila anaknya yang berada di sekolah rendah memberitahu beliau tentang penutup muka yang dijual 50 sen sekeping di sebuah kedai.
Menurut bapa itu lagi, biasanya penutup muka jenis kertas itu dijual antara RM7.00 dan RM9.00 untuk satu kotak yang mengandungi 100 keping penutup muka, bergantung kepada kualiti.
Menurut satu tinjauan di pekan Rawang dekat sini, farmasi-farmasi runcit melaporkan peningkatan jualan penutup muka surgikal dalam kalangan orang ramai.
Bagaimanapun mungkin ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada masalah jerebu yang melanda sekarang ini.
"Kami hampir kehabisan stok. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai pelanggan yang bertanyakan pasal penutup muka.
"Sebelum masalah jerebu bermula, sukar bagi kami nak jual mahupun sekotak penutup muka tetapi kini kami dapat jual enam hingga lapan kotak sehari," jelas tuan punya sebuah farmasi di Bandar Country Homes, Rawang yang ingin dikenali sebagai Lee.
PENUTUP MUKA
Menurut pakar-pakar penjagaan alam sekitar, perkara terbaik perlu dilakukan ketika jerebu melanda adalah dengan berada dalam rumah.
"Tetapi bagi mereka yang perlu berada di luar rumah seperti kanak-kanak sekolah, pekerja ofis dan buruh pembangunan serta mereka yang memandu dan menggunakan motorsikal, memakai penutup muka adalah perkara yang digalakkan.
"Sekurang-kurangnya penutup muka menghalang debu dan habuk asap daripada memasuki sistem pernafasan mereka yang memakainya," kata Lee.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini menasihati warga Malaysia terutama warga tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan seperti lelah (asma) agar mengelak daripada terlalu lama berada di luar rumah.
Peniaga alat penghawa dingin juga melaporkan peningkatan dalam jualan alat yang mempunyai pembersih udara kebelakangan ini.
"Pelanggan mahukan penghawa dingin yang mempunyai komponen pembersih udara atau 'ioniser' kerana ia membantu membersihkan udara yang tidak sihat," jelas seorang daripada pembekal itu.
Sementara itu, pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil menjelaskan bahawa lebih ramai pesakit yang mahu rawatan bagi batuk, masalah pernafasan dan sakit mata dijangka mengunjungi keliniknya dalam minggu-minggu yang akan datang.
"Daripada pengalaman saya yang lepas bila jerebu melanda, lebih ramai pesakit yang mahukan ubat bagi melegakan batuk, sakit mata dan masalah pernafasan," jelas beliau.
APA ITU JEREBU?
Menurut pensyarah, yang juga warga penjagaan alam sekitar, Amin Iskandar, jerebu muncul disebabkan zarah halus di udara.
"Dalam konsentrasi tinggi, zarah-zarah ini akan bertaburan serta menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang hingga berlakunya seolah-olah alam sekeliling menjadi redup.
"Jerebu bukannya hanya berlaku di kawasan bandar, malah boleh wujud di kawasan pedalaman," katanya.
Zarah-zarah itu datang dari pelbagai sumber termasuk yang wujud secara semulajadi dan yang 'antropogenik' (muncul kerana proses tindakbalas).
"Kebanyakan daripada zarah-zarah ini terbit hasil daripada kegiatan yang dilakukan manusia seperti pembakaran terbuka bagi tujuan penanaman, pembukaan tanah hutan, penggunaan kenderaan serta pembakaran bahanapi dalam industri," kata Amin.
PEMBENTUKAN JEREBU
"Pada satu-satu masa dalam setahun terutama semasa musim Monsun Baratdaya, pergerakan udara secara menegak akan berkurangan.
"Pengurangan berat udara ini tidak merangsang pembentukan awan secara aktif lalu menyebabkan cuaca menjadi kering.
"Terdapat juga beberapa faktor yang memanjangkan musim panas dan terdapatnya banyak pencemar udara merupakan suasana sesuai bagi pembentukan jerebu," jelas beliau.
Menurut beliau lagi, zarah-zarah yang muncul di atmosfera akan terperangkap dalam udara yang tidak bergerak menyebabkan kumpulan partikel ini menjadi mendap dan membentuk jerebu.
BAGAIMANA HILANGKAN JEREBU?
Zarah-zarah dalam udara boleh dihilangkan melalui beberapa proses.
Tarikan graviti akan membuat zarah-zarah yang lebih berat jatuh ke bumi manakala zarah yang lebih ringan boleh dihilangkan melalui 'rainout' atau kondensasi wap air lalu membentuk titisan air sehingga membentuk awan.
Zarah-zarah ini juga boleh dihilangkan melalui proses penyatuan dengan titisan hujan semasa berlakunya hujan dan dinamakan 'washout'.
Satu cara lagi adalah melaui mekanisme 'turbulence' di mana zarah jerebu ditiup kuat ke lapisan lebih tinggi dalam atmosfera.
"Kejadian hujan lebat serta ribut petir adalah lebih berkesan manakala hujan yang sekejap dan tidak lebat adalah kurang cekap dalam menghilangkan jerebu," terang beliau lagi. - Bernama
Thursday, June 20, 2013
KENAPA SUKAR HIDUPKAN ENJIN?
Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan
Untuk panduan ramai pengguna bagi semoga dapat menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .
Asas-asas utama
kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.
Bateri
Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.
1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.
Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?
1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa
Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?
Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..
1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)
Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-
1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' .
Ketika kunci 'ON'
Starter
Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku .
Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.
Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.
Alternator
Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.
Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.
Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.
Harus diingat juga jika enjin akan berbunyi kasar sedikit dengan penambahan aksesori yang banyak seperti video dibawah.
Thursday, June 13, 2013
TEKNOLOGI MINYAK ENJIN/HITAM TERKINI!
Teknologi terkini minyak hitam
Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.
Jenama BARDAHL ber treatment
Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.
Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Minyak hitam 3 liter Perodua
Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.
Saksikan seterusnya video yang saya hasilkan bagaimana menuangkan dan menggunakan kaedah betul menukar minyak hitam.
http://kerosakankereta.blogspot.com/
PETUA CERMIN BERKABUS !
Petua Menghilangkan Kabus Pada Cermin Kereta
BAYANGKAN ANDA MEMANDU DALAM HUJAN LEBAT, TIBA-TIBA ALAT PENGHAWA DINGIN(AIR-COND) KERETA ANDA ROSAK..PASTILAH MENYUKARKAN PERJALANAN ANDA KERANA CERMIN KERETA AKAN BERWAP DAN KELABU..SELAIN BOLEH MEMBAHAYAKAN, INI JUGA BOLEH MENJEJASKAN MOOD ANDA YANG MAHU MEMANDU JAUH..APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI?
DAPATKAN MINYAK RAMBUT YANG CECAIR PUTIH, BUKAN JENIS JELLY..TAK KISAHLAH APA JENAMA SEKALI PUN SAMADA CODE-10,HAIR CREAM, FOLLOW ME..LAKUKAN LANGKAH SEPERTI DIBAWAH
TAK ADA MINYAK RAMBUT, ANDA BOLEH GUNAKAN SYAMPU..TAK KISAHLAH APA JENAMA..SURAH KE, SURAU KE, HEAD & SHOULDER KE..TAPI JANGAN CAMPUR DENGAN AIR..
-SAPUKAN MINYAK RAMBUT ATAU SYAMPU PADA CERMIN DAN GOSOK DENGAN RATA..TAK PERLU BANYAK, SELAPIS SUDAH MEMADAI.
- GUNAKAN KERTAS SURAT KABAR, TISU ATAU KAIN ..LAP DENGAN PERLAHAN UNTUK MENGHILANGKAN KESAN BAYANG-BAYANG MINYAK RAMBUT SAHAJA.
(PALING MULIA DAN BERKESAN GUNAKAN TISU)
INSYA ALLAH KABUS ATAU WAP CERMIN PADA KERETA ANDA AKAN HILANG BUAT SEMENTARA WAKTU.
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, June 11, 2013
CARevo ADALAH KERETA LUMBA UKM

Monday, June 10, 2013
BILA BATERI KERETA KONG



Sunday, June 9, 2013
MILIK SIAPAKAH KERETA INI ?

Wednesday, June 5, 2013
BERKAITAN KERETA, SEMUA ORANG PERLU HATI-HATI !

BMW MOTO BARU !
BMW Motorrad has led the travel enduro class for over 30 years with the ‘BMW GS’ concept, and the latest addition to the range – the new BMW R 1200 GS – is now on sale here in two variants. Prices start at RM125,000 for the base Touring (on the road without insurance), while the Dynamic model with BMW LED headlight costs RM3,800 more.

While it may look familiar, this is an all-new model with plenty of changes underneath. The signature GS ‘beak’ is now much larger, while the headlamp assembly, windshield and side fairings are all thoroughly updated. Also, it doesn’t take a Motorrad anorak to notice that the exhaust now sits on the right side of the bike.
This is the first motorcycle in the world to offer full-LED headlight. Standard with the Dynamic Package, two LED units are housed within the typical GS dual headlight assembly, each for low and high beam. LED daytime running light is fitted to both variants, a first for a BMW GS.
More significant is the wholly redesigned engine and suspension system. The BMW R 1200 GS now has a compact air/water cooling system and the 1.2 litre engine makes 125 hp at 7,700 rpm and 125 Nm of torque at 6,500 rpm, up from its predecessor’s 110 hp and 120 Nm. New ride-by-wire E-gas system improves controllability and response, and electronic cruise control is now standard.
BMW 05
Other mechanical changes include a completely new gearbox that is now integrated in the engine housing to improve weight balance and save space and weight. A new multiple wet clutch system with an anti hopping mechanism also replaces the old single-disc dry clutch unit.
Semi-active Dynamic ESA suspension makes an appearance in the R 1200 GS for the first time. It provides better sense of security and comfort on uneven and off road terrains by automatically adjusting the damping to suit riding conditions and manoeuvres, while also responding to the standard ABS feature should the need arise.
There are now five different riding modes offered – Rain, Road, Dynamic, Enduro and Enduro Pro – each with its own E-gas, ABS and Automatic Stability Control (ASC) settings. Both front and rear tyres are now wider than before for improved traction, cornering and riding dynamics.
Four colours (Alpine White, Racing Red, Blue Fire and Thunder Grey Metallic) are available for the new BMW R 1200 GS at all authorised BMW Motorrad dealerships nationwide.


Subscribe to:
Posts (Atom)