Sunday, August 25, 2013
TIP JAGA KERETA KALIS AIR?
Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah... bagaimana hendak
membuatkan keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah...
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.
Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.
Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda.
Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat).
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.
Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba ye..dan rasa kalau malas ha...senang je..apa lagi datang jela ke ke BENGKEL MAT KRISS ye....lagi senangkan...taulah Mat Kriss mempolish kereta anda ke tahap maksima...janji puas hati...
jom hubungi Mat Kriss kalau rasa-rasa nak kasi kereta chantekk dan kilat lagi berseri gitew....
Thursday, August 22, 2013
TIP MEMANDU BAGI WANITA HAMIL
WALAU pun sedang hamil, namun ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita itu ‘bersara’ sejenak daripada memandu. Tidak dinafikan ada wanita yang akan mengharapkan bantuan suami untuk menghantarnya ke mana-mana ketika sedang hamil. Namun bagi wanita yang memilih untuk berdikari, sudah pasti mereka tidak mahu menyusahkan si suami. Lantas, biar pun ‘penat membawa perut’, namun tugas memandu termasuklah menghantar anak-anak ke sekolah tetap diteruskan.
Biar pun bakal mengalami sedikit (atau mungkin juga teruk) kelelahan sepanjang kehamilan, namun rutin harian ini masih tetap boleh dilakukan asalkan tidak sampai menjejaskan keselamatan dan kesihatan anda serta si kecil yang berada di dalam kandungan. Namun jika anda bercadang mahu memandu untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama, dinasihatkan agar anda melakukan pemeriksaan kesihatan dan kandungan agar tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang pemanduan.
Trimester Pertama
Sering kali pada tempoh awal kehamilan, anda mungkin mengalami gejala morning sickness dan ia akan membuatkan tubuh badan kurang sihat, agak lemah, mual, muntah dan pening kepala. Dinasihatkan agar anda tidak memandu jika sedang mengalami morning sickness.
Sebelum memandu, dinasihatkan agar anda menjamah makanan biar pun sekadar sedikit saja untuk mengalas perut. Jika perut anda kosong, ia boleh mendorong rasa mual ketika memandu, lebih-lebih lagi jika penghawa dingin terpasang di dalam kereta.
Anda juga digalakkan agar membawa bekalan makanan ringan dan air sepanjang perjalanan. Ada kalanya wanita hamil akan cepat berasa lapar, jadi dengan adanya bekalan makanan ini, bolehlah anda makan dalam perjalanan. Selain daripada itu, pastikan anda juga membawa gula-gula atau gula-gula getah. Mungkin anda boleh memakannya bagi mengelakkan rasa mual ketika memandu.
Antara perkara lain yang penting ialah jangan lupa sediakan beg plastik di dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah. Dan jika anda terasa pening, mual atau pun muntah secara tiba-tiba, segera memperlahankan kenderaan dan berhenti di kawasan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan kembali perjalanan.
Andai keadaan anda tidak mengizinkan untuk memulakan kembali pemanduan, dinasihatkan agar anda menghubungi keluarga atau kenalan terdekat untuk membantu anda. Ingat, memandu di dalam keadaan yang kurang sihat boleh menjejaskan keselamatan anda sendiri.
Trimester Kedua
Jika terasa tulang belakang mula sakit, anda dinasihatkan agar berhenti seketika di kawasan yang selamat untuk berehat. Apabila keadaan anda mula kembali pulih, barulah sesuai untuk meneruskan pemanduan.
Jika otot atau sendi mula terasa lenguh atau ngilu, anda juga boleh berhenti sejenak di kawasan selamat, keluar dari kereta atau lakukan sedikit senaman regangan yang boleh membantu menenangkan tubuh badan.
Trimester Ketiga
Untuk mengelakkan rasa sengal atau sakit bahagian belakang badan, letakkan bantal kecil di belakang anda ketika memandu.
Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng dan pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya. Jika takut perut terkena stereng, anda juga boleh meletakkan bantal kecil di antara perut dan stereng.
Jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan mula terasa letih, seeloknya anda mencari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat seketika. Jalan yang sesak boleh membuatkan anda cepat letih, kejang otot dan stres.
Ketika sedang memandu, jika tiba-tiba anda terasa kontraksi ringan, berhenti sebentar di kawasan yang selamat. Turunkan tempat duduk agar anda boleh berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi itu hilang sebelum kembali memandu. Jika kontraksi tidak hilang atau pun makin kuat terasa, segeralah menghubungi keluarga atau kenalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Di akhir-akhir bulan kehamilan, anda juga dinasihatkan agar tidak memandu dan mintalah bantuan suami, keluarga atau pun kenalan untuk menghantar ke mana-mana.
Monday, August 19, 2013
Tuesday, August 13, 2013
TIP BILA BERLAKU EKSIDEN
Tips Apabila Kemalangan Berlaku
Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :
1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori
tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke
balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.
6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan
kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.
Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut
ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan
daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi,
bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan
yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.
Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan
tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.
Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut...
credit to Gempak.Org
- See more at: http://depalma-sp.blogspot.com/2011/05/tips-apabila-kemalangan-berlaku.html#more
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/05/tips-apabila-kemalangan-berlaku.html#more
Thursday, August 1, 2013
HATI-HATI ADA ??? DI JALANRAYA SEMARA HARI RAYA

Subscribe to:
Posts (Atom)